anda Melayu ? bagus mengaku. jangan jadi typical Melayu yang rope tak nak ngaku jer. walaupun saya tak menaip dalam bahasa baku, tapi saya orang Melayu. note that.walaupun tak Melayu Asli.abah aku jawe. ye, jawa. mak aku Melayu. so, aku pun Melayu Celup ker ?hahaha
semenjak saya keje ni, macam-macam pengalaman yang dapat.hari tuu. time tengah penat gile. datang lak sorang customer. ok, Alhamdullilah la ade customer.dtg sorang makcik. gaya nak macam datin. speaking. ok fine, aku pun speaking. hello, jgn ingat keje mcm ni tak reti nak speaking.
tengok dari gaya, sah. typical Melayu berangan nak jadi omputih celup. namanya, Melayu Celup Omputih.then die panggil aku, adik, ni nak pakai dengan apa ye ? aku pun mcm terkedu kejap. ohhhh. boleh plak cakap Melayu.die refer kepada satu blazer ni.lepas die tanye, aku pun berfikir sekejap carik idea. agaknya nampak ketara sangat muke terkejut aku sebab die boleh cakap Melayu, die kuatkan suara.
THIS IS A BLAZER ,
soo, nak pakai dengan apa,
ARE YOU SELLING WITHOUT KNOWING ??
pergh !!! kuang hajar plak makcik niiiii. aku rasa time tu jugak nak bagi kaki. tak reti sabar ke ? nak je aku cakap suke hati u la nak pakai dengan apa. bogel pun ada aku kesah ?? yes i know that a blazer auntyyyyy !! hot betol rasanya.
then, aku pun sabar la lagi... aku cakap la, u boleh pakai dengan kemeja if u want. its a formal office wear. die terdiam. tak sangka kot aku leh cakap cam tuu. pastu tanye lagi, what kind of material yang nak pakai ni ??
ish.geram lak aku. ingat ni kedai kain ke aku nak pi belajar jenis-jenis kain plak. lorat betolll.pastu aku layan lagi, aku cakap la. im sorry, im not sure. maybe u boleh tanye jenis material kat kedai kain . hahahahaha.
lepas tu, tanye pulak t-shirt mane yang ada sale. aku tunjuk yang 20% punya. oh,, yang nii ? die tunjuk yang new arrival. new arrival takde diskaun miss. aku rasa nak panggil aunty je. haha. lagi yang lain tak de diskaun ? oh, ada, kat sana tu, 50 and 70%. pastu die cakap ape tau ? ohhh. i tak suke la material yang tuuu. tak berkualiti. i nak yang ni....die tunjuk lagi yang new arrival tuu.
habis. belilah.hello ,,,, ini baju branded. kalau dah diskaun pun tetap berkualiti. konon nak yang mahal. tapi nak diskaun agaknya sampai 90%. berlagak lebih.
sarkastik betoll. tak puas hati lagi tuu, suruh aku amek saiz seluar. nak saiz S. ingat muat ker ? last-last berpuluh baju ngan seluar yang die cuba, sehelai seluar je die beli. saiz M.aku dah kate tak muat, cutting kecik. degillllll . lantak kaw larh.
aku rasa nak humban je makcik ni. dah la gaya nak macam omputih. rambut nak karat, kuku nak kaler, speaking tak leh nak kalah, tapi kau dengar die cakap dalam fitting room dengan membe elok plak cakap Melayu. hmm. typical la orang Melayu yang suke meniru gaya omputih. tolonglahhh. bila nak insaf ??
ingat sikit asal usul tuu. ade tu aku jumpa kaple. yang pompuan bajet macam africa sebab pakwe die orang africa. awang hitam katakan.bajet speaking jugak. last-last aku tak faham sleng pakwe die. cakap omputih macam cakap bahasa ape tah.then, awek die tiba-tiba elok fasih cakap Melayu.oh, Melayu Asli rupanya..
apa maknanya ? memang Melayu larh kan. sebab pakwe die orang luar negara kononnya, die pun sampai tak ngaku Melayu. malu nak cakap Melayu. hmm. -.-
mungkin korang ingat aku benci sebab aku pun nak jadi macam dorang. rambut karat, kuku kaler, pakai skirt, pakwe orang luar negara. oh plisss. memang kalau perempuan suke benda-benda yang konon boleh buat cantik niii. tapi lepas tahu keharamannyaa. tak payah la. hidup bukan selama-lamanya.
bila nak berubah. tak de orang yang suke nak kumpul dosa je selama hidup ni kan. so, lagi sekali, ingat la asal-usul, berpijak lah dibumi yang nyata. hormat orang lain supaya orang lain boleh hormat kita, betol,, kubur masing-masing, tapi sanggup ke biarkan benda yang salah ? hidup kena saling nasihat menasihati.
okey. tu je lah tazkirah dari aku yang bukan ustazah punn. korang fikir la sendiri. byeeee.
p/s: tak kisah kalau ade yang nak hentam ke. haha.
kalau aku jumpa orang yang mula-mula cakap, "customer is always right" tu,
memang aku cekik die. suruh die betolkan sikit ayat tu, tukar jadi,
customer is always NOT SO RIGHT.hehe
marilah kita bersama-sama menjadi customer dan manusia yang berhemah :)
6 suka komen:
lain kali tepuk dahi dia laju2 sambil cakap..kalau dah makan belacan tu makan belacan lah jugak.. tak payah nak berangan nak jadi omputeh makcik oii..
hahaha..jgn buat betul2 okeh..
banyak orang macam ni bukan golongan makcik je,. kadang2 cakap english grammar pun berterabur tapi yakin lebih je siap dengan american acsent tu yg tak boleh tahan tuh. hahah. sabo je la.
kalau makcik tu dtg lagi..tampar je dia. tak pun baling kamus, ngehehe
memang rasa nak buat mcm tu pun. mulut ada bau belacan perasan nak bau cheese, erkh
haa. part AMERICAN ACSENT paling tak boleh blaaa. tapi ade jugak orang yang suke.
ANNOYING JE ADE LARH. haha
Err sabar sabar. Huhu
@Budak Chomot
hehe. sabar la ni :)
Post a Comment