Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label XPDC. Show all posts
Showing posts with label XPDC. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

Meneroka Gua

4 suka komen

meneroka gua. ini gua betul ye, bukan gua hidung ke atau ape, tapi ini real punye ok ?
ini sebahagian dari aktiviti masa mendaki gunung Stong masa 3-7 FEB yang lepas. huu
Ada 3 gua yang kami masuk ,
GUA KERIS, GUA GELAP dan GUA PAGAR.


GUA GELAP.
gua yang mula mula kami masuk ialah gua gelap. nama ni x sure la sebab x dengar sgt masa abagng kelate tu ckp. haha
yela, nerves campur takut sume la. bermacam rasa tau.
1st time nih nak masuk gua takut la kot sesat ke ape ke kan?


masuk masuk je dah kena meredah semak samun. lecah. + pacat ! uhuuuuu
tapi nasib kaki aku x kena serangan pacat. darah x sedap kot. hahaha bagus gak kan darah x sedap nih ? haha
* pacat pun ada taste tau .hampeh jew



ni signboard GUA IKAN

tapi rasanya x sempat masuk yang ni huhu


ni laluan nak masuk dalam tiga tiga gua tu tau -.-


meredah semak samun sebelum masuk

dalam gua gelap nak ke gua keris itu sangat adventure. sebabnya kena merangkak dalam laluan yang ada lubang air .kepala memang kena tunduk habis sebab atas kepala kita ada batu stalagtit stalagmite tuuu
tau kan ? batu yang memang ada lam gua tu ? tau kan ? belajar geografi mesti tau :) hehe
bayangkan la, badan semua peserta ada yang besar. caner tu ?
laluan lubang tu mmg sempit sebab abang guider tu kena gali lubang tu bagi lebih ruang untuk mereka yang besar sikit. mencabar kan ? dah la dalam gelap, kena menggali plak.


tp abang abang guider tu dah pro, dorang dah biasa keje dalam situasi macam ni. terer r. respek tau ! :)
tgk tu . nak berposing pun payah. haha

memang sangat sempit 
sebelum sampai kat tengah tengah gua
dasyattttttt

lepas meredah gelap gelita yang hanya berbekalkan lampu suluh dan meredah air lecah serta laluan lubang kecil yang mencabar kewanitaan ini, akhirnya sampai la ke gua yang kedua, iaitu GUA KERIS.


GUA KERIS.
Gua ni dinamakan gua keris sebab kat tengah tengah gua ada sebentuk batu gua yang bentukya sangat serupa dengan bentuk keris. wahhh gitu plak kan. tapi memang bentuknya jelas dan terang. kalau yang x nampak tu x tau la. kena bertapa lam gua tu dulu kot.hehe men jew ...sampai gua keris ni baru la nampak cahaya matahari. memang sangat indah citaan tuhan tau. 


ni dalam gua keris. kepenatan wooo
berminyak plus mandi lecah la jawabnye. huu




GUA PAGAR.
okey, ni gua yang terakhir sebelum kembali meredah hutan mencari jalan keluar semula.hoyeh !! gua pagar ni dinamakan gua pagar juga disebabkan ada stalagtit stalagmite yang berbentuk macam pagar. 


mengikut kata guider tu, ada mitos mengatakan pagar ini kononya macam pagar kat istana dulu-dulu. so kira memprotectkan la. dasyattttt.semasa lam gua ni pun kami terlebih dulu diingatkan supaya menjaga mulut dan tingkah laku masing masing supaya x mengganggu apa apa saje makhluk dalam gua tuuuu, mana la tau kan ? bukan tempat kita, tempat orang


so, jaga jaga la sikit kan ? dalam gua pagar ni ada banyak batu batu yang hidup. batu hidup ni bau yang masih membesar. mengeluarkan cecair. kami di beri amaran supaya tidak sesekali menyentuh batu batu tu sebab nanti ia akan mati. huh. aku pun mula mula blur. ade ke batu hidup ke mati. rupanya maksud die batu tu xakan tumbuh lagi. tak akan membesar lagi. rupa batu tu bersinar, putih dan lembap sebab ada cecair yang mengalir. jari manusia mampu memusnahkan batu tu sebab ada asid kat jari jari kita ni tau ,


laluan tiga tiga gua ni memang adventure dan sesiapa yang memang sukakan cabaran, mesti akan rasa nak buat lagi. haha sedangkan aku yang dulu asik meghadap lappy 24 jam, terus sukakan aktiviti lasak plak. dari yang asik membelek fesyen kat internet tukar cari sal aktiviti ekstrem. haha. tapi x la tukar 100% kot... haha



sempat syok sendiri :)


akhir sekali, terimalah muke seposen aku haha

penat tak terkira weyh !!



thanx sudi baca :)


Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Monday, February 7, 2011

XPDC Gunung Stong

2 suka komen

WAHHHHHHHHHHHHHHHH
haha.ops sori memulakan entry sebegitu rupa :)
kepenatan teramat sgt yang tak dapat dibandingkan
bayangkanlah, selalu dok menghadap lappy 24 hours, tiba tiba terus join 
XPDC menawan GUNUNG STONG

huu patah tulang temulang. terpaksa la bekerja kera memerah kudrat. haha
sehari seminggu sebelum pergi baru nak warm up adesssssss. mana la x sakit -.-

kalau korang nak tau, gunung STONG ni terletak kat DABONG,KELANTAN.kalau nak tau lebey, search google eh ? hee :)
XPDC mula pada hari khamis, 3FEB2011 sampai 07FEB2011 . penat woooo
tapi besh sesangat. pada yang x join mesti rugi. konfem rugi. hahaha. sebab FEE murah jew, RM100.
HAH, macam macam dapat kan ?mandi air terjun , masuk gua, daki gunung, kawan kawan, pakwe pakwe kelate, haa *itu sampingan jew. ahaks

XPDC ni dianjurkan oleh 
KELAB PENCINTA ALAM KOLEJ UNITI, PORT DICKSON :)
iaitu kolej saya lerrr :)
kelab kami la tuh . haa bangga lak an ?
ramai la yang join, 70 orang semuanya. mmg seronok !!
daripada juniorrrr sampai seniorrrrrr dan seniorrrr yang x macam seniorrrrrrr sebab awet muda. hahaha

yang paling adventure masa nak masuk gua n daki n turun gunung tuh ! gua tu sangat sempit dan ada kelawar, gelap gelita, tanah berlecah, adoi.. sape yang x biasa macam aku ni mesti rasa nak patah balik jew. huu.tapi x rock la kan buat separuh jalan.
masa nak naik gunung plak mencabar sebab trek licin, lembap so kasut memang kena yang power sikit r supaya boleh grap trek tu so, xla jatuh. * tapi kasut ak x power pown. hee 13 inggit jew. haha

kesimpulannya apa yang aku sendiri dapat ialah :
  1. rasa sihattttttttttttttttttt sangattttttttttt
  2. kat sana makan banyakkkkk habis pulak tue. selalu makan x pernah habisssss hahah
  3. dapat kenal ramai budak budak kolej sendiri :) pazni terserempak boley tegur :))
  4. merasa naik ketapi selama 12 JAM dan kesejukan
  5. rasa betapa pentingya jadi sihat dan menjaga kesihatan
  6. rasa ada bakat jadi penyanyi :) haha xleh belaaaaa
  7. jumpe macam macam jenis orang
  8. mandi air terjun setiap kali mandi
  9. tidor sangat nyenyak kerana kepenatan
  10. belajar pentingkan orang lain selain pentingkan diri sendiri :)
kepada yang xdapat join, jangan sedey okey. mana tau lepas ni KELAB PENCINTA ALAM nak buat lagi aktiviti aktiviti mencabar . hee :) dan mungkin jauh lagi ??
nantikan entry akan datang apa yang berlaku kat sana, gamba gamba kami dan macam macam g ! hee 

terima kasih sudi baca :)


Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

made with love by fiqaliqa