Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Film. Show all posts
Showing posts with label Film. Show all posts

Friday, December 9, 2011

Bangkok Traffic Love Story

0 suka komen


hari tu Bangkok dilanda banjir. tapi bukan itu yang aku nak cerita. aku nak cerita pasal tajuk entry tu "Bangkok Traffic Love Story" sebab aku baru je tengok tadi. haha. memang lambat pun. aku baru tahu filem ni released tahun 2009. ok. kesian aku yang noob. dah 2 tahun nak masuk 3 tahun dah punya cerita, baru hari ni ,  aku dpt tengok. haiii. kesian kan ? 

apa yang seronok sangat filem ni ? yang seronok sebab aku tengok dari rumah, chanel box office Astro. banyak filem-filem aku tengok dari chanel ni je. sebabnya, aku tak de masa nak dapat tengok kat wayang kot. plus aku tak tahu nak pergi dengan sapa dah memandangkan semua bz sangat. nak ajak mak aku ? kalau cerita Nur Kasih ke, mau la ikut. nak ajak adik aku ? konfem aku kena belanja dia tiket plus popcorn plus coke. huh. dah ajak kan, kena la blanje. wat masa sekarang ni, aku cuma target nak jejak wayang tengok cerita Breaking Dawn Part 2 je nanti. haha, punya la lame lagi tuuu. tak sabar wooo. haishhh. dah dua perenggan, tapi tak masuk lagi isi filem ni. huu. okey, concentrated fiqah . =='

sinopsis
Filem ni senang cerita, filem romantik, ada sikit romantik komedi la.sesuai la untuk sape-sape yang berjiwa halus, sentimental macam aku. memang seswai habes. topik dia pasal perempuan yang pikat lelaki dulu. salah ker atau biasa lah tuu.yelahhh, lelaki kan dah banyak sekarang. nak carik lelaki yang baik, hensem mata memandang, susah woo. mungkin jadi lelaki senang kot kan ? dalam cerita ni, Ly, Heroin tu umur dah nak masuk 30 an. tapi masih tak dek boyfren . tambah tertekan, semua kawan-kawan dia dah ada boyfren dan nak berkahwen. 

pelakon kacak
dibarisi hero yang kacak lagi ohsem, dalam cerita tu dia bawak watak  hero yang hensem, ohsem lagi kacak woo. korang mesti terpikat punya. kacak tapi misteri sebab hero ni macam pendiam sikit. jenis susah nak takel . haha . > klik sini < tgk je la poster filem tu, cukup kacak tak ?


heroin blur
macam klise plak bila hero hensem, mesti heroin nak blur. ahaha. tapi comel pe .heroin dia dalam cerita ni memang blur, kesian lak tu. dah tua tapi masih tak dapat jodoh lagi. yang menarik dalam cerita ni, dia tunjukkan keadaan traffic bandar Bangkok tu yang sibuk huru hara macam KL tu, menjadi titik permulaan perkenalan hero dan heroin ni. dari kebetulan menjadi kebiasaan berjumpa dan terserempak kat stesen Ktm . *hmm lebih kurang mcm ktm Malaysia la. hehe

kesimpulannya , cerita ni genre romantik komedi , sangat comel dan sesuai bagi yang rasa dia nak kawen dah. hee. k, just kidding.apapepun, kalau ada masacarik la DVD ke CD atau download jer lah. romantik tauu. hee :)


Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Saturday, June 18, 2011

Sang Pemimpi

1 suka komen


assalamualaikum ^^


Arai, Ikal, Jimbron
movie title Sang Pemimpi . Sebuah movie dari Indonesia yang juga dekat di hati rakyat Malaysia, Melayu khususnya.bila dah tengok movie ni baru tahu rupanya kawasan Belitung Indonesia tuu dulunya kawasan dipenuhi kaum Melayu . tu yang menarikk tuu. ingat Melayu kat Malaysia je ker ?


Sang Pemimpi adalah sekuel movie Laskar Pelangi .Laskar Pelangi dan Sang Pemimpi dua-dua karya hebat dari seorang novelis, Andrea Hirata. Laskar Pelangi 2008, Sang Pemimpi 2009.


kalau korang tengok Laskar Pelangi, yang cerita pasal anak-anak miskin di sudut kampung Indonesia mengharungi cabaran dan rintangan untuk menimba ilmu demi masa hadapan dan nasib  yang lebih baik dari ibu bapa mereka.


Cerita tentang watak utama yang ade Ikal, Lintang. ingat tak ?well, cerita ni dah lame keluar kott. cuma aku je baru tengok. haha. mane tau, astro tuu baru nak tayang. hee :) this movie officially hv been released on 2009 .
Filem ni jugak dapat penghormatan sebagai filem pembuka pada festival filem Anak dan Remaja yang ke-50 di Kota Zlin, Cekoslowakia. source from : kapanlagi.com


kenapa korang kena tengok cerita ni ? ye. wajib tengok. aku bagi filem ni 10 bintang. hehe. ok, standard 5 bintang la. full aku bagi.sebab cerita ni sarat dengan adegan yang real, yang memang setiap pelajar yang susah, mesti akan rasa. nak survive dengan hidup, masalah nak study, masalah sebagai remaja, cinta pun ade, tapi paling penting persahabatan dan nilai brotherhood tuu.


Watak Utama :

Ikal : pemuda miskin yang dah jadi down sejak bestfriend die, Lintang tiada. Lintang dapat korang tengok dalam Laskar Pelangi.Arai ni rambut die kerinting, macam hafiz awan nano nano nano nano tuu. hee. Ikal ni memang pandai kat sekolah, tapi agak pendiam .

Arai : arai ni lagi sedih. dia tinggal sebatang kara lepas ayah meninggal. dah la rumah kat hutan nun. Arai sepupu dengan Ikal, so, ayah Ikal ambil Arai untuk duduk dengan diorang. Arai ni watak bila dah besar dilankonkan oleh Ariel Peterpan .


Director: Riri Riza
Writer(s): Salman Aristo, Mira LesmanaCast: Lukman Sardi, Mathias Muchus, Nugie, Landung Simatupang, Rieke Dyah Pitaloka, Yayu Unru, Vikri Septiawan, Rendy Ahmad, Azwir Fitrianto, Jay Wijayanto, Nazril IrhamRelease Date: Agustus 21, 2009Country: IndonesiaDistributor: Miles Film, Mizan ProductionsOfficial Site: Not AvailableGenre: HorrorRating: Not AvailableLength: 128 mins
source from :  thebestmoviereview

jom tengok trailer dieee

tu je la kottt. kesimpulannnya. cite ni memang bezzzz !!tengok tauuu :)



Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Friday, June 17, 2011

fiqaliqa fashionista

2 suka komen

ini adalah entry pengenalan blog. jom kenal-kenal. hee :)

xnak kenal ? ok finee :)
klik sini --> about FF

blog name : fiqaliqa fashionista

eh, asal gedik name kaw ni ? terbelit gak lidah nak menyebutnya. fashionista sangat ker kaw ni ? hee. ok, dah-dah cukup. jangan banyak pertikaian ye. basically , ini kan blog aku, suke hati aku la nak bagi name ape. kalau kaw nak , g la bubuh kat blog kaw. hehehe

okey, versi sopan : sebenarnya peah, nama fiqaliqa ni dah memang name email aku.given by my bff forever, pijja , sivaji the boss. eh-eh takkk. hehe. so, aku amek je la name tuu. yang tang fashionista tuu plak sebabnya, macam kena plak name fiqaliqa tuu. F dengan F kan. bukan la F yang mencarut tuuu. tolong eh, ni versi sopan punyerrr. hee :)

aku bukan rasa aku fashionista puuung. sikit pun tak. besar taik gigi pun tak. tapi tah, i like it. sounds macam bezzz. dan aku juge suke stalk fashionista. bukan stalk orang yang perasan aku stalk die sebab gurlfren ex die friends dengan aku kat fb. wahahaha. seronok perasaan ye peahhhhh !

okeylah, so, tu lah sebab musabab munculnya nama nii. dulu mase mula-mula aku tak guna pun nama ni. aku guna nama coklatvanilla. coklatvanilla ni sangat spesial bagi aku. so, blog ni pasal aku je. bukan pasal coklat dan vanilla. hehe. so, tukar plak. aku tukar jadi umi afiqah. cewaaahhhh name sendiri tuuu. gila skema habis.

konon nak nampak pro la kan. aleh-aleh aku rasa macam aku robohkan privasi sendiri. nasib tak letak name ayah sekali. no ic kerr. satu dunia tauu kaw.baru hott kott. haha.tu lah yg aku rasa masa tuu. mcm tak nak bukak sangat privasi tuuu.kita kena fikir panjang kan ~ kalau tak mampu nak fikir pendek :)


start join blogspot ? 

okey, ni part yang susah. sebabnya, kalau ikut profile aku tuu. aku start join blogspot julai 2009. mak aih. lame kemaen. tapi hupdate. harammmm. haha. aku mase tu sign up jer. saje suke tengok adik aku ade blog kan. tapi aku tak on-on punnn. mcm tak faham dunia blog nii

then start 2010-2011 aku dah macam rajin nak menaip. hari-hari mengadap skrin lappy. haishhh. membazir masa kadang-kadang. tapi kalau tak de blog, aku rasa lagi membazir masa. sebab pe ? sebab on9 setakat nak tengok fb, youtube, tumbler , maen game. tu je la,,,alaaaa. bosan le weyh

kalau ada blog ni macam ade gak kita nak bebel, merapu, marah kat orang dan blla-bla. blog is good medium to express ur self. try larh !


apa isi blog fiqaliqa fashionista nii ?

basically, aku rasa blog aku ni more to personal. then aku selitkan jugak my interest, passion on fashion. tapi of course la passion aku tu tak cukup kalau nak bandingkan dengan fashionista sejati.well yeah, im not fashionista.kan dah kate. aku ni berangan jerrr. hee :)

dalam blog ni la aku curahkan segala angan-angan nak jadi fashionista tuu. tak salah bermimpi. mimpilah yang besar. bukan besar mane mimpi kita yang jadi persoalan, tapi besar mane niat kita nak capai mimpi kita tuu. so, dalam mengejar cita-cita aku nak ada coklat jenama sendiri punn aku pegang prinsip tuu.

hee,doa-doakan la ye. ha, dalam blog ni pun ada pasal gosip artis. tapi pasal artis ni yang selalu aku update, of course pasal YUNA. shes mean too much to me. cewahhh. aku sangat adore YUNA. tak tahulah. dari suara sampai gaya fesyen die, semua aku suke.


dalam blog ni, ade jugak aku selitkan film review. sebab aku pun kaki tengok movie jugak. tak selalu pergi wayang, tengok kat lappy sudah. so, kalau rajin, aku review sikit bagi korang minat nak tengok plak. sharing is caring right ?

dalam blog ni pun ada gak kontroversinya... hahaha. tapi tuu cerita dulu kan. sume miscommunication. memang tak communicate punn. mcm mane nak faham kan ? aku pun rasa bodoh jugak mase tuu sebab pergi layankan plak dorang. dorang dah la mulut tak insurans. tak fikir perasaan aku. so, bila aku start post kat sini. dah terasa plak... adeyyy. susah la plak kan bila nak bg tau ape yang kite rasa.

aku memang tak suke simpan. tapi aku tak pernah pulak nak cakap atau bagi hint betul-betul kalau aku beganng ngan cik unknown nii. tak punn. tapi biasalah, siapa makan cili, terasa pedasnya.dalam mane-mane persahabatan pun, mesti tergigit lidah kan. so, i guess this is the right time to know her better.pergaduhan membawa kematangan :)

lain kali aku akan lebih berhati-hati la kalau nak layan perempuan macam gini.tentulah perempuan, lelaki stakat ni belom lagi larh. haha. ade ke lelaki mulut joyah ??


sampai bila nak berblogging ?

ehm. sampai bila tuu tak tahulah, selagi termampu dan selagi ada yang sudi baca :) kan kan ? nanti kalau dah rasa macam sakai blog ni, then i will stop. dont worry, be happy :) life gets easy when u smile :) senyum sikitttttt :))


okey, tu je larh kot wat masa ni. a brief history of fiqaliqa fashionista :) cewahhh. history la sgtttt. newayyy, thanx readers and follower :) love u much !! keep on blogging ! lantak pi perempuan-perempuan itu. haha


Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Wednesday, June 1, 2011

Nur Kasih

3 suka komen



assalamualaikum ^^


memang betul, takdir Allah tiada seorang manusia pun yang tahu, dalam alam realiti mahupun fantasi. sama macam dalam alam fantasi pengarah dan penulis skrip filem NUR KASIH THE MOVIE yang menerapkan elemen utama ni. ketuhanan dan kekeluargaan.



korang dah tengok ? aku baru je tengok filem ni hari ni. hahaha.setelah nak dekat seminggu kottt tayang kat cinema tuuu. adeyyy. ketinggalan betul. almaklumlah. jadual pack, kalah PM, tu pun curik time sebelum masuk keje, sempat la kan layan filem ni. 



opinion aku ? 4 bintang. yeah !! bez-bez.jalan cerita seronok, tak terlalu klise, susah jugak nak predicted apa yang akan jadi seterusnya. bagi aku la, cerita ni memang patut la di tonton oleh semua keluarga kat malaysia ni



1 bintang untuk : remy ishak yang tampan. haha. tak de kena mengena. tiz zaqyah yang cun melecun . ehhh. penting apa pemilihan pelakon tuuu kan. baru la sonok sikit nak tengok.tak lupa jugak fizz fairuz sebagai aidil yang memang penyabar je. tapi watak die memang sedih jugak. huu



bintang yang ke-2 untuk : props dan lokasi pengambaran filem ni. kat tanah arab tuu. jordan pun ada. memang ada ciri islamik di samping ofkos la kat meysia kan.



bintang yang ke-3 untuk : pelakon kanak-kanak dan remaja yang mantap gi tuuu. adik mia sara dan pelakon remaja lelaki yang bawak watak jamal ,dan man kott nama die. juriah pun boleh tahan. baru la nampak muka-muka baru nii. menyerlah dan terserlah.



bintang yang ke-4 untuk : sudah semestinya jalan ceritanya yang menyayat hati. kisah dua insan yang ditimpa pelbagai dugaan dalam hidup. tagline fielm ni yang paling aku tak leh lupa bila aidil cakap kat nur amina,"selagi abang aidil masih hidup, selagi tu la abang akan jaga nur "..... huu. terharu gile. haaa, ada lagi satu, bila adam cakap "Ya Allah, ambil lah apa saja, asalkan bukan dia" dia tu, nur amina.



ish, kalau aku dapat suami macam dua watak ni, haishhh. tak tahulah. haha. kuat betul pengaruh.yang penting, drama nur kasih dan nur kasih the movie memang drama dan filem melayu yang paling bagus la senang cakap.



susah nak jumpa filem melayu yang berkualiti sekarang, yang ada unsur kekeluargaan dan ada moral value kat situ dan cerminkan malaysia ni negara islam.yang banyak cerita hantu mengarut dan cerita gangster tak sudah.hmm. lantak larh. mungkin genre macam tuu yang boleh jual kot.



best malay film ever :)



Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Thursday, April 21, 2011

Study Week

4 suka komen

warh. lenguhnya mata. sebenarnya petang ni on9 nak bukak game
baking life la, tapi asal tak leh ha ?
kambeng tol. huu .

eh, eh berminyak lak mouse ni.
oh, tgh kudap-kudap daging buger. hee. nak?
mana lak tisu nih ?

oh, rupanya time cuti study week ni
sepatutnya aku menelaah. iaitu study. S-T-U-D-Y
bukannya sebok dengan game !
haish ~ ala nak wat caner
dah aku berlagak habis tinggalkan semua nota kat hostel
haram sehelai nota pun nak angkut

haish. itu la, berlagak lagi, time lepas Muet, terus balik umah
dah terbau-bau masakan ummi masa jawab exam Muet lagi tau
haha. okey, itu alasan jek. sebenarnya, aku memang lupa
aku nak exam 27 April ni.

bukan buat-buat lupa, tapi sungguh !
rasa macam dah cuti sem plak bila dah habis Muet tuu
haiyaa. padahal ada 4 paper lg menunggu !
mentang-mentang dah sem 6, bajet lak xnak bawak balik nota
time study week. huu. akhirnya aku sendiri yang menyesal

oleh sebab kekesalan itulah, maka dengan ini
aku terpaksa la balik hostel awal. iaitu dua hari sebelum exam.
huu. sedey, cadangnya nak balik pagi exam tuu.-.-'
terbuktilah, niat yang tak baik macam aku ni
memang tak akan terjadi.
"pemalas pun pada-pada larh"
ye, aku tau, korang nak cakap cam tuuu. hee
tak pun dialog lain larh ~

ok, dah menyesal dah ni -.-
eh, td tgk marimar tak ? bez woo cite die
walaupun bahasa dorang kadan-kadang ganas
tapi aku layan cite philippines ngan mexico
cam bes lak. tapi yg tak besnya, dorang suka seksi sangat

adeyyy. makin keluar ilmu aku yang tak seberapa ni
hee. dah time ni leh lepak tgk tv kan, so, kita kena la
manfaatkan masa yang ada ni.. hee :)

hero kemain hensem
okey, tu dia. hero ngan heroin cerita Marimar ni. nak tgk lagi, g google, hee.jalan cerita bez gak larh tak kan nak sinopsis kot. t jd cerita lain aku buat. terus box-office ! haha  XD


oh.oklah, itu saja .sebelum merapu dengan lebih panjang lagi


Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Tuesday, March 15, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa memang betul2 bez !

2 suka komen

assalamualaikum ",

Poster Hikayat Merong Mahawangsa Konfem dah familiar kan ?


weeee. dah tengok dah lom cite  ni ??
kalau belum, pergi la tgk ! cepat cepat tau
aku dah tgk dh. hari yg ke-4 tayangan. itu pun masih ramai g yg tgk
*biasa la cuti sekolah. sgt tak bez bila tgk wayang dgn budak2 sekolah.
hahaha . dgn bangga , riak aku buat statement. hahahaha
lantok lerrrr ~

pergi la tgk kalau korang rasa :

  • nak belajar sejarah sikit sebab masa sekolah dulu tak nak amek tau .erkkkk :p
  • nak tengok muscle muscle Stephen Rahman. hakha
  • nak tengok Marcus si golden hair :) i like !
  • teknologi CGI yang canggih manggih
  • nak support Filem Tempatan YANG STANDARD filem international
  • nak tgk watak Kamawas oleh Khir Rahman yg dasyat gile jahat die
  • scene dalam filem ni yg sgt rasa mcm kt luar negara jek tau
muscle Stephen Rahman
 auwww. tgk tuh. cair ~~~~~~~


Marcus Carprenius Golden Hair Prince :)


dan byk la lagi yg beznye .
sinopsis korang carik je la kt google tu.
entry ini di tulis sebab rasa SANGAT KAGUM hasil kerja KRU . 
anak tempatan tau. bangga la weyh !
kalau xnak tgk pun, ak x untung dan x rugi -.-

p/s : ha.. jgk byk pikir. setakat berapa ringgit tiket tuh.
xkan xnak ? ^^
 


Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Friday, March 4, 2011

Guzaarish . Hindi Romance Film

0 suka komen

assalamualaikum ",

dah lama rasanya tak tgk hindustan
tadi dapat la tgk hindustan kat astro box office .
filem GUZAARISH .Staring Aishwarya Rai & Hitrik Roshan
this film sgt sedeh dan menyayat hati sangat sangat
dan pasangan hero dan heroin berjaya membangkitkan perasaan misteri sepanjang penceritaan filem ni

filem ini  berkisar tentang Ethan lakonan Hitrik yang mempunyai penyakit setelah kecelakaan semasa menjalankan trik silap mata. Ethan seorang Magician yang terulung tetapi dikhianati kawannya sendiri.
Selama 12 tahun menderita penyakit yang tiada ubatnya ini, Ethan ingin menamatkan riwatnya secara sah dengan memohon petisyen Euthanasia . yela, dia hanya mampu menggerakkan mata, mulut, hidung, kepala.tangan dan anggota badan yang lain semua lumpuh tau ! sangat sadis
Ha... kalau nak tau lebih lanjut, kena tgk la. panjang lak kalau nak cerita kat sini. hee :)

kalau ada masa tengok la tau
syok. nak nak bila dah lama x layan hindustan ni
nak harap yg maen kat tv ? semua tah hape-hape.biasa je
bila tgk filem baru bez sikit
filem ni dah keluar NOVEMBER 2011 lagi
siapa yg minat dunia magic kena tgk tau filem ni.
lakonan mereka sgt superb !

ni ada video dr youtube GUZAARISH OFFICIAL TRAILER



oklah.
terima kasih sudi baca :)
Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

made with love by fiqaliqa