Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label friends ~. Show all posts
Showing posts with label friends ~. Show all posts

Thursday, August 16, 2012

Kad Raya

0 suka komen

sekejap je masa berlalu kan ? tiba tiba dah nak raya. masa memang cepat. kita yang tak cukup cepat nak ikut. hehe. korang tak la kot. aku jer. huhu.

anyway, cerita pasal kenangan time berpuasa n raya, teringat pasal kad raya. untuk pengetahuan, hee. tahun ni rasa terajin plak bagi kad raya untuk kawan kawan. tapi tak dapat nk bg semua, sbb xde alamat la. nnt kalau mintak alamat takut tak suprise dah. so aku pun membongkar la balik buku2 lama carik alamat.

carik punya carik, banyak plak jumpa kad raya lama lama yang cantik comel ak guna lagi. wahhh ni lg bagus, xyah nk g beli. hehehhe.kalau boleh jimat, kita kena jimat, jgn membazir, lagi lagi di bulan puasa yg mulia ni kannn. heee :)

korang caner ? ada hantar kad raya tak ? dulu dulu dapat je kad raya terus lekat kat dingding. hehe . banyak la tersusun . meriah gile. tapi sekarang, bape ketul je la yg dapat. gantung dekat 'pokok raya' pun nampak sedey je. haha. yelah, sekarang zaman IT katakan. semua pakai SMS, EMAIL,BBM what-so-eva. 

tapi tahu tak, bagi kad raya tu lg memorable. tahu x ? lagi lagi kalau org mcm aku ni, asik pindah randah. bila dah banyak sekolah yg aku pindah, at least bila baca balik kad raya yg membe membe lama bagi, teringat la balik kan. baru la terfresh balik memori lama tu. dok sengih sorang2, gelak sorang2, baca kad raya lama lama. bez tauuuu. 

korang yang tak tahu tu mesti tak dapat kad raya banyak cam aku. hahahha. 
ok lah, gurau je senah. jangan le marahhh. hehe. ok lah. 
nanti kita story mory lg ye uolls. nanti iolls nak update pasal befday ! hehe :)



Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Friday, December 23, 2011

Melepaskan Sahabat

0 suka komen

berdua je la kami ;(

huuu. salam tengahari semua. lama gila aku tak dok lepak depan lappy menaip satu dua entry. haiii. kata blogger sejati kunun. huhu.aku pun tak tahu la bila aku dah mula tak menghiraukan blog ni, macam kesian, sedih pun ada. cerita pasal mood sedih, memang sekarang aku macam rasa sedih, terharu campur campur dengan rasa bangga pun ada. bercampur aduk perasaan aku ni.

kalau korang ada perasan entry lepas aku pasal tahniah untuk kawan aku yang dah pun bernikah pada 16/12/2011. aku kenal pengantin perempuan aka ct ni dah lama kot. dari skolah rendah. huhu. masa kat Kapar, Klang lagi. dari darjah satu sampai darjah 6.then kitorang berpisah lepas UPSR, sampai form 4, tiba-tiba kitorang berjumpa balik. macam kuat je jodoh kan ? sejak berjumpa balik, aku rasa kitorang jadi bertambah rapat ditambah pulak dengan sorang lagi bff, iaitu poja :) hehe

bertiga lebih happening
bila dah bertiga, tambah seronok gila. haiii rindu zaman sekolah ! banyak kenangan kot. pergi ti dengan poja , ct, 1st time kau lepas kot g jauh ngan membe2. haha. kelakar pun ada.newayy, sekarang ct pun dah naik satu stage lain, alam perkahwinan dan akan terbang ke Sabah ikut hubby dia. huu. tah bila la plak jumpa lagi. aku pun tak tahu. 

rasa sedih, terharu pun ada. dah la masa ct bersanding baju merah hitam aku tak dan nak tangkap gambar. huhu. tapi xpelah, memori tu lagi penting. akan aku ingat sampai bila-bila.

entry ni belom nak cerita lagi pasal majlis kahwen tu, just nak selitkan beberapa keping gambar masa majlis malam berinai, tapi kitorang datang lambat, yelah, sampai dari seremban ke tapah pun lambat, bas la lembap sangat. haha. dengan penat-penat, lepas mandy terus g singgah rumah ct nak tengok dia n kawan-kawan lain yang datang malam tu. 

bye bye kawan !
sriyesly ct, aku macam waw gila tengok hang. cam tak caya nak kawen dah kawan aku sorang ni ! huhu, but surely im happy for you. tengok muka kaw memang berseri-seri plus bahagia gila kot, so, aku tumpang bahagia ok :) dan aku kena terima hakikat la kaw dah jadi isteri orang, tak boleh buang tebiat lagi macam aku taw, hehe

ct and poja :)


bff forever !

aku tak  tahu la kenapa aku rasa cam emo plak kan. sedih jer. 
huhu. rasa nak nangis kot. haha .sayang gila kat ct. 
hmm semoga terus menjadi isteri yang solehah okey ? lahirkan anak kembar tauuu. heee
p/s : byk gambar menyusul nanti ye, part bersanding plak ! tunggu k :)


Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Friday, December 16, 2011

Tahniah Kawan :)

1 suka komen

huh. bff nak kahwin dah :) diri sendiri lak yang excited.apa nihhh? haiyaa ==. apepun, tahniah la cik ct ! bakal jadi isteri. aww :) sweet gilaaa. tahniah tahniah , nak tuju lagu boleh ? BarakaAllah by Maher Zain :) aku lak berdebar lebih . hahha. semoga selamat la nikah petang ni :) berkat jumaat kan , semoga kekal sampai bila-bila ! sayang hang ct ! sori xpat tengok ko nikah. insyaAllah sanding aku sampai :) hee



ct, hayati lirik lagu ni okeh. bez tawuuu. haha
newayyy, congratsss again !

pic credit google. 


Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Saturday, October 22, 2011

happy birthday bella :)

2 suka komen

hey gurlfrennz :) hepy befdayy yaawww. ekceli, kappy belated befday la kann. hii. 21/10 sebenarnyaa. tapi terlambat lak, hihi. tak pelah ye. heheheh. short entry khas utk tasya bella edward. haha. panjang kan nama dia ? ingat lagi tak entry ni. > bila edward bagi mesej  < haa. dia la tasya bella edward. hehehehe. semalam dia sudah 21 tahun laaa. kami muda lagi, kan kan ? so, sempena befday tu, ni ada kek khas untuk bella. tapi kek alam maya je la. hehe :p


haa. ice-cream cake lagi tuuuu. special gila ni. nak makan pun macam tak sampai hati je. haha. newayyy, hepy befday yawww. frenz forever k, nanti blanje-blanje la each a cup bubble yee. ngeeee :)



Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Thursday, October 13, 2011

Dah Konvo, Alhamdullilah :)

11 suka komen


weet weet. sihat semua ? dah makan ? tengok tajuk entry pun buat aku rasa semangat habis. haha. Alhamdullilah, hari Sabtu 08 Oktober 2011 , aku dan kawan-kawan selesai sudah berkonvo. woot. syok gila kot. rasa macam dah besar plak diri ini. hee. Sebelum tu, nak wish Befday untuk Abah tercinta. hee. 07 Oktober hari lahir abah. so, konvo ni macam hadiah untuk abah jugak la. sentimental betol kan? hee. okey, tak payah membebel lebih, jom layan gambar je ok ? ha, sebelum lupa, Istiadat Konvokesyen Kolej UNITI-10 ni berlangsung dekat Allison Kelana Resort , Negeri Sembilan.ok , jom layannnn ~


ni lepas daftar, menunggu nak masuk dewan



sempat lagi tu nak bergambo. hee
opssss. ada yang tertido plak. hihi. ampun yaaa. buat spoil plak. hehe



kasut yang colourfull :)

okeyyy. tu diaaa. nak masuk dewan dahhh. oh nebesnyaaa.



haa. itulah gurl-gurl kesayangan saya yee. 
tasya, pijaa, ina n khausar :)
gurl je taaau. lelaki belakang tu sume bukan oke. tak geng. hee




hee. baru lepas naek stage. huh. legaaa. hii




taraaaa. Alhamdullilah. penat lelah 3 tahun, dah selesai pun :)
masa untuk begambo la kannn. hii
ni lah mak kitewww :)




sama tak ? sama tak ?



ina with me. yeayyy. dah selesai semua. 


Alhamdullilah tak de kejadian yang tak diingini masa naik stage. contoh tersadung kaki ke kan dek kerana nebes terlampau. nasib baik tak dek. group aku plak masa tu yang paling last naik, kira penutup bagi kos la. special la sikit kan. hehe. rindu gila kawan-kawan sekelas. haiii. bila la lagi dapat jumpa yeww ? 5 tahun lagi ? tah macam mana la muka korang sume kan ? hihi. semoga kita semua berjaya la jadik manusia ye :) sob sob. sedih pulakkk dah habis blaja. rindu gilaaa nak masuk kelas, nak buat prensentation, nak gadoh-gadoh  . gadoh manja je , hihi. memacam la lagi kan. yang rasa tak seronok masa tu, sekarang rasa rindu. kan kan ?


hmm . rasa nak konvo dua kali plak. hehe. tangkap gambar yang super banyak lagi. yang ni sikit je. sobs. tp tak pelah, jadilah dari tak dek. pic credit too pija and brader pija :) thanx yawww :)) nak tengok lagi ? blog meyra pun ada jugakk :) hee


Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Wednesday, August 31, 2011

Terima Kasih Atiq Salleh

2 suka komen

hee. terlambat rasanya entry ni. tapi nak jugak sebab macam xde manners kan orang dah bg something kita tak cakap thanks kan ? hee. short entry ni khas untuk atiq salleh :)) dapat kad raya dari die. hee. thanx adik. rasanya adik la kot. hee. kad raya yg adik bg, tu satu je la akak dapat tok raya tahun ni. special kan ? hee, memang la special,tambah special lagi sebab akak mintak sendiri. dah komen kat entry ni,> nak kad raya < mintak la tu kann.hehe :) *malu* dah orang offer nak bg kad raya, apa lg,, grab the chance laa. hee.almaklumlahhh. dah lame tak dpt kad raya, sebabnya asik pindah-pindah kan. alamat tu tukar-tukar. hmm. kalau dulu-dulu time sekolah ye la kan , senang je nak bg kad raya, hand by hand jerrr. hehe. newayyy, thanx atiq yee utk kad raya tuu :) dapat mengeratkan silaturrahim   sesame blogger kan? walaupun tak face to face, tak pernah kenal, tp dalam dunia blogger, semua kawannn :) syok kannn ? ingat blogger semua jahat je ker ? nak kutuk orang je ke ? nak kejar traffik ngan nuff je ke ? tak baik tauuuu. no no no. hee , okeylah, selamat hari raya semua :) jom jom jalan raya lagiii :) hee



Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Wednesday, August 10, 2011

WW#2 Bila Edward Bg Mesej :)

4 suka komen









 sayang kamu bella :)

Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Thursday, August 4, 2011

Cinta Platonik

2 suka komen

nak dengar al-kisah tak ? okey, tak yah dengar, baca jer :) hee. pd satu masa dulu ~ cewahh. hee. ( efek cerita dongeng ) ada seorang budak perempuan yg agak pemalu kononla tapi akan x berhenti bercakap bila mula bercakap , serupa mulut murai dan seorang lelaki yg juga pemalu. ini pemalu betul , ( bukan mcm budak perempuan tu ) dan sgt komited utk mengejar cita-cita.lelaki ini tidak ada perkataan bercinta ketika study dalam dirinya.


mereka berkawan rapat, macam orang lain, kawan sahaja. best friends . tapi.. ya, u know,adam dan hawa memang akan tertarik dan menarik antara satu sama lain kan ? mcm tu jugak la dgn dorang berdua ni,  lama kelamaan mula timbul perasaan lain. perasaan ketiga, nak lebih sekadar kawan. tapi, ya, lelaki itu sgt tegas pendirian and saying belajar dulu, baru bercinta. baik bukan ?


oh. budak perempuan tu terpampan. hubungan kawan jadi semakin renggang. kesian bukan ? mungkin dia mahu memiliki lelaki itu lebih sekadar kawan. belajar mungkin lebih bersemangat bila hubungan tu tambah satu tahap lagi. hmm.tapi dia silap.



tapi, masa menentukan segalanya, setelah bertahun-tahun walaupun tak seperti dulu , mereka masih berkawan. melupakan masalah cinta yang wujud dalam satu pihak ,dan terus berkawan sahaja. happy ending :)


okey. im not a good story teller. hahaa.



pada aku , bila orang bertanya, wujud ke cinta macam ni ? aku percaya. aku percaya cinta platonik tu wujud. hubungan antara dua manusia yang walaupun berlainan jantina, yang memang lumrah alam akan saling tertarik dan menarik antara satu sama lain, tetap juga akan jadi seperti biasa, tetap berkawan. just kawan. interesting kan hubungan ni ?korang ada tak pengalaman mcm ni ?


 to be continued ~


friends only :)

Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Tuesday, June 28, 2011

sambal belacan, cencalok, budu?

4 suka komen


assalamualaikum ^^


memang sekarang aku tengah lapar. haha. dan ye, aku mengidam nak makan semua makanan kat atas tuuu. huu. sedapnyeeee. kecur air liur beb ! sebagai orang melayu kampung, memang aku tak malu la nak kate yang aku memang makan pun belacan, budu dan cencalok niii. tapi aku rasa aku tak cukup melayu lagi sebab tempoyak aku tak berani cuba lagi. tak tahu kenapa. tapi kalau durian aku melantak tak ingat dunia. hee :) sampai panas-panas badan.

tempoyak. 

aku rasa bersyukur sangat sebab dilahirkan di Malaysia dan dapat merasa nikmatnya makanan-makanan ni. cuba korang tengok pelancong-pelancong tuu, datang jauh-jauh semata-mata nak rasa penangan durian ori kat Malaysia ni haa.chef wan pun wat show masak kat luar negara masak makanan Malaysia gak, siap ade buh tempoyak g tuuu tau.ha, kan untung jadi warganegara ? hee. patriotik la konon.aku rasa orang yang tak suke durian tu rugi sebab durian sedap la weyh. rugi-rugi. kalau korang tak suke bau die, tutup je la hidung time nak makan tuu. hehe. dah, cerita pasal durian plak kan.


okey, apa tu belacan ? ataupun sambal belacan. penah makan ? ini biasa la kalau dalam masakan pun selalu masukkan belacan. well, aku tak la pandai masak kan. tapi aku tahu la sikit-sikit.hee :) sambal belacan ni sedap wooo. rasa pedas-pedas, selalu makan dengan ulam atau bila ada lauk lemak. perghhh. terbaik laa.

sambal belacan dengan ikan masin. pic from google

okey, perut memang berkeroncong sekarang. hee. yang kedua, cencalok. haa. kalau kat Melaka memang berlambak kott jual kat gerai-gerai along the road. cewahh. cencalok ni daripada udang kering haluss tu. tapi aku tak tahu la ape lagi ingredients kat dalam tuu, tapi memang rasa awesome. haha. tahu caner tu ? rasa die macam manis-manis, masin-masin, pastu cam lemak sikit. tah la,memang bez. dulu masa kat hostel aku start makan cencalok ni. yang ni, bau diee, memang menusuk. tapi kalau dah makan, ok je sebenarnya.

this is cencalok ye kawan-kawan
pergh. sedap gile buh bawang, cili . huu. sedap wooo

roommates aku ada orang Melaka, so senang dapat bekalan. kalau sambal belacan tuu, boleh dapat kat kafe kolej jer.. sambal belacan common la. kalau cencalok ni ade yang kadang-kadang tak dapat terima. biasalah, orang-orang bandar nii, kadang-kadang tak faham. dorang selalu persoalkan, 


kenapa korang suke makan makanan yang fermented ni ? yang diperam ni ? kan macam busuk jeee. means korang makan makanan busuk la. cuba la makan pasta ke, bolognese ke. cheese ke. hmm.


pada aku, bila dorang persoalkan maca tu, aku diam je, dah kate sedap, tak caye, lantak kaw larh. selera masing-masing, oh.yeah, mungkin kaw membesar dikelilingi salji , sejuk, kitorang ni dalam hujan, panas kann. so, tekak pun dah berubah. everyone's different.


penah satu masa tu kitorang beramai-ramai ( geng-geng yang makan cara kampung ni ) di ruang tamu rumah sewa, masing-masing tengah seronok menjamah cencalok fresh dari Melaka, then, tiba-tiba ada plak housemates yang muncul dari dalam kamar beradu diee...bersuara, eh, apa yang busuk niiii. sedangkan kami tengah duduk, dah nak habis makan dah punn.then, kitorang buat tak tahu, tapi die terus tanye lagi, ehhh, korang tak bauuu ker ? macam bau sampah laaa.


hamboi sister ! tak de adab betul mulut die. eh eh. kunk makan kaki jugak ni. masa tu masing-masing dah naik angin, then, jadi la drama sikit. haha. yela, kalau tak tahu pun, tak leh ke nada tu sopan sikit ? tentu lah kitorang faham kalau die cakap elok sikit. ni takkk. maen nak maki jee. sape tak hangen ? padan ah muke kena pulau. bukan kitorang nak paksa kaw terima cara kami yang kampung sangat di mata mu ituu. tapi, cuba   tolerate sikit. tengah makan kottt. adab tak de kerrr ? -.-'


haish. tak habis lagi cerita sal makanan, teringat plak cite sister kuang asam tuu. hmm. okeylah, budu plak. budu ni asal terengganu kan ? aku start makan budu masa kat hostel jugak. hee. yela, kalau kat rumah, dah tentu la tak payah nak beli kat luar, masakan mak yang terbaek kan.


aku beli nasi kerabu masa tu. nasi kerabu ke nasi dagang tah. aku rasa nasi kerabu. kan ade letak budu. mula-mula takut nak makan, sebab macam pedas sangat jerr. kunk ade yang bertapa dalam toilet lak. huu. tapi kawan aku kata, tak guna la makan nasi kerabu tak de budu. budu tu yang pentinggg. perghh. tak guna die kate, so, aku try laa. hmmm. memang pedasssss. berasap telinga. tapi sedap. hee. siyes sedap.

ni pulak budu yeee :)

akhir kata, selagi kita hidup ni, dan selagi time muda ni, makan je la ape yang korang rasa nak makan, kunk kalau dah tua banyak plak komplikasi. dah susah. telan jee. rugi tau kalau tak try. mane nak tahu suka ke takk. kan kan ? k daaa. jom lunch !

all pic from google images :)


Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Wednesday, June 22, 2011

4.00 flat, Bio-Oil, Bubu dan Bla-bla ~

2 suka komen


assalamualaikum ^^


selamat tengahari semua :) hari ni hari rabu. so ramai yang buat entry wordless Wednesday. tapi, memang aku ni langsung tak tahu la pe ke benda nye tuu. huu. so, aku pun tak join la. berlambak kot kat dashboard. sume entry mcm tuu. nak join. tapi aku tak tahu hujung pangkal ceritanya... huu. tak pe lah, esok aku buat wordless thursday. hahha. ade ke ?


okeylah. tiba-tiba malam tadi sebelum nak tido , aku tengok-tengok dulu gambar dalam lappy ni. tiba-tiba jumpa gambar niii.


hahhahah. memandangkan aku tak de keje dan tak boleh tido. so aku edit gamba ni. haha. nak tahu kenapa aku bulatkan benda-benda tuu ?


tengok dulu gambar pertama . yg botol kecik tuu, BIO-OIL. biasalah kat asrama, masa ni la kita nak cuba macam-macam produk yang kawan-kawan kite cuba.bila ade je produk yang elok sebab dorang dah try, mula lah nak try jugak. haha.lagi pun kulit aku tak la licin bak kulit telur. sebab aku sakai masa kecik, so banyak la kesan parutnya... newayyy, korang kena try BIO-OIL nii. memang berkesan tauu.tapi aku ni suke buat benda separuh jalan. konon-konon letak tepi bantal, nanti sebelum tido boleh la sapu kan.alih-alih, harammmm... bila dah ngantuk.. terus lelap. tak fikir dah derr BIO-OIL ke, parut ke . haha


hampeh jerr. so, bulat yang kedua kat gambar pertama tuu, note dekat dinding. ade 4 love kan ? tulis pun 4.00. ni konon-konon pembakar semangat la kan.. nak dapat 4.00 flat bila time exam. tapi bila adik aku datang masa hantar aku kat hostel, ape tau die cakap , ala.. kakak ni poyo je lebih. study idak punnn. hampeh punya adik. roomate aku pun selalu ingatkan aku azam tuu bila aku study then tiba-tiba aku rasa malas, dorang suh tengok pe yang aku dok tampal beriya tuu. 4.000 flattttt. hahaha


okey, benda ekstra lain yang mesti ada ialah. headphone tuuu. ni aku guna dengan lappy. so bila habis guna, memang situ la tempat die. hehe. sume kat situu :) pastu benda wajib ada, tedyy bear dan bantal busuk. haha. aku punya versi bantal busuk bukan yang kecik-kecik. besar punyaaa. bantal ni memang tak kasi orang lain pakai la. wat segan jerr. haha. kalau nak pinjam, spongebob tu boleh aaa.hee


teddy mr.bean tu name die bubu. hehe. saje nak g tau. hahaha. bubu tu memang penting. cer tengok gamba kat bawah blog ni pun ada bubu. hee :) ha ha,. ade jugak penutup mata kat situu. sebab aku kadang-kadang penakut... kadang-kadang je laaa. so, kena la pakai, supaya nampak gelap gelita, tak takut la.. hee


yang paling tak boleh bellaaa. 4.000 flat tuu. rasa kelakar lak. hehe. tapi sume ni dah tak de dah. huu rindu gileee. dah tak boleh sembang-sembang malam-malam sampai masing-masing tertido. dah tak boleh nak mengadu domba ape-ape lagi. duduk 3 tahun dengan kawan-kawan saat yang paling terindah. huu


nanti aku nak wat special entry pasal korang :) sebab rindu gegileee. hmm. katil tuuu. rindu sangat gileee.sorri entry macam tahi. hee :)



Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Saturday, June 18, 2011

Sang Pemimpi

1 suka komen


assalamualaikum ^^


Arai, Ikal, Jimbron
movie title Sang Pemimpi . Sebuah movie dari Indonesia yang juga dekat di hati rakyat Malaysia, Melayu khususnya.bila dah tengok movie ni baru tahu rupanya kawasan Belitung Indonesia tuu dulunya kawasan dipenuhi kaum Melayu . tu yang menarikk tuu. ingat Melayu kat Malaysia je ker ?


Sang Pemimpi adalah sekuel movie Laskar Pelangi .Laskar Pelangi dan Sang Pemimpi dua-dua karya hebat dari seorang novelis, Andrea Hirata. Laskar Pelangi 2008, Sang Pemimpi 2009.


kalau korang tengok Laskar Pelangi, yang cerita pasal anak-anak miskin di sudut kampung Indonesia mengharungi cabaran dan rintangan untuk menimba ilmu demi masa hadapan dan nasib  yang lebih baik dari ibu bapa mereka.


Cerita tentang watak utama yang ade Ikal, Lintang. ingat tak ?well, cerita ni dah lame keluar kott. cuma aku je baru tengok. haha. mane tau, astro tuu baru nak tayang. hee :) this movie officially hv been released on 2009 .
Filem ni jugak dapat penghormatan sebagai filem pembuka pada festival filem Anak dan Remaja yang ke-50 di Kota Zlin, Cekoslowakia. source from : kapanlagi.com


kenapa korang kena tengok cerita ni ? ye. wajib tengok. aku bagi filem ni 10 bintang. hehe. ok, standard 5 bintang la. full aku bagi.sebab cerita ni sarat dengan adegan yang real, yang memang setiap pelajar yang susah, mesti akan rasa. nak survive dengan hidup, masalah nak study, masalah sebagai remaja, cinta pun ade, tapi paling penting persahabatan dan nilai brotherhood tuu.


Watak Utama :

Ikal : pemuda miskin yang dah jadi down sejak bestfriend die, Lintang tiada. Lintang dapat korang tengok dalam Laskar Pelangi.Arai ni rambut die kerinting, macam hafiz awan nano nano nano nano tuu. hee. Ikal ni memang pandai kat sekolah, tapi agak pendiam .

Arai : arai ni lagi sedih. dia tinggal sebatang kara lepas ayah meninggal. dah la rumah kat hutan nun. Arai sepupu dengan Ikal, so, ayah Ikal ambil Arai untuk duduk dengan diorang. Arai ni watak bila dah besar dilankonkan oleh Ariel Peterpan .


Director: Riri Riza
Writer(s): Salman Aristo, Mira LesmanaCast: Lukman Sardi, Mathias Muchus, Nugie, Landung Simatupang, Rieke Dyah Pitaloka, Yayu Unru, Vikri Septiawan, Rendy Ahmad, Azwir Fitrianto, Jay Wijayanto, Nazril IrhamRelease Date: Agustus 21, 2009Country: IndonesiaDistributor: Miles Film, Mizan ProductionsOfficial Site: Not AvailableGenre: HorrorRating: Not AvailableLength: 128 mins
source from :  thebestmoviereview

jom tengok trailer dieee

tu je la kottt. kesimpulannnya. cite ni memang bezzzz !!tengok tauuu :)



Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Friday, June 17, 2011

fiqaliqa fashionista

2 suka komen

ini adalah entry pengenalan blog. jom kenal-kenal. hee :)

xnak kenal ? ok finee :)
klik sini --> about FF

blog name : fiqaliqa fashionista

eh, asal gedik name kaw ni ? terbelit gak lidah nak menyebutnya. fashionista sangat ker kaw ni ? hee. ok, dah-dah cukup. jangan banyak pertikaian ye. basically , ini kan blog aku, suke hati aku la nak bagi name ape. kalau kaw nak , g la bubuh kat blog kaw. hehehe

okey, versi sopan : sebenarnya peah, nama fiqaliqa ni dah memang name email aku.given by my bff forever, pijja , sivaji the boss. eh-eh takkk. hehe. so, aku amek je la name tuu. yang tang fashionista tuu plak sebabnya, macam kena plak name fiqaliqa tuu. F dengan F kan. bukan la F yang mencarut tuuu. tolong eh, ni versi sopan punyerrr. hee :)

aku bukan rasa aku fashionista puuung. sikit pun tak. besar taik gigi pun tak. tapi tah, i like it. sounds macam bezzz. dan aku juge suke stalk fashionista. bukan stalk orang yang perasan aku stalk die sebab gurlfren ex die friends dengan aku kat fb. wahahaha. seronok perasaan ye peahhhhh !

okeylah, so, tu lah sebab musabab munculnya nama nii. dulu mase mula-mula aku tak guna pun nama ni. aku guna nama coklatvanilla. coklatvanilla ni sangat spesial bagi aku. so, blog ni pasal aku je. bukan pasal coklat dan vanilla. hehe. so, tukar plak. aku tukar jadi umi afiqah. cewaaahhhh name sendiri tuuu. gila skema habis.

konon nak nampak pro la kan. aleh-aleh aku rasa macam aku robohkan privasi sendiri. nasib tak letak name ayah sekali. no ic kerr. satu dunia tauu kaw.baru hott kott. haha.tu lah yg aku rasa masa tuu. mcm tak nak bukak sangat privasi tuuu.kita kena fikir panjang kan ~ kalau tak mampu nak fikir pendek :)


start join blogspot ? 

okey, ni part yang susah. sebabnya, kalau ikut profile aku tuu. aku start join blogspot julai 2009. mak aih. lame kemaen. tapi hupdate. harammmm. haha. aku mase tu sign up jer. saje suke tengok adik aku ade blog kan. tapi aku tak on-on punnn. mcm tak faham dunia blog nii

then start 2010-2011 aku dah macam rajin nak menaip. hari-hari mengadap skrin lappy. haishhh. membazir masa kadang-kadang. tapi kalau tak de blog, aku rasa lagi membazir masa. sebab pe ? sebab on9 setakat nak tengok fb, youtube, tumbler , maen game. tu je la,,,alaaaa. bosan le weyh

kalau ada blog ni macam ade gak kita nak bebel, merapu, marah kat orang dan blla-bla. blog is good medium to express ur self. try larh !


apa isi blog fiqaliqa fashionista nii ?

basically, aku rasa blog aku ni more to personal. then aku selitkan jugak my interest, passion on fashion. tapi of course la passion aku tu tak cukup kalau nak bandingkan dengan fashionista sejati.well yeah, im not fashionista.kan dah kate. aku ni berangan jerrr. hee :)

dalam blog ni la aku curahkan segala angan-angan nak jadi fashionista tuu. tak salah bermimpi. mimpilah yang besar. bukan besar mane mimpi kita yang jadi persoalan, tapi besar mane niat kita nak capai mimpi kita tuu. so, dalam mengejar cita-cita aku nak ada coklat jenama sendiri punn aku pegang prinsip tuu.

hee,doa-doakan la ye. ha, dalam blog ni pun ada pasal gosip artis. tapi pasal artis ni yang selalu aku update, of course pasal YUNA. shes mean too much to me. cewahhh. aku sangat adore YUNA. tak tahulah. dari suara sampai gaya fesyen die, semua aku suke.


dalam blog ni, ade jugak aku selitkan film review. sebab aku pun kaki tengok movie jugak. tak selalu pergi wayang, tengok kat lappy sudah. so, kalau rajin, aku review sikit bagi korang minat nak tengok plak. sharing is caring right ?

dalam blog ni pun ada gak kontroversinya... hahaha. tapi tuu cerita dulu kan. sume miscommunication. memang tak communicate punn. mcm mane nak faham kan ? aku pun rasa bodoh jugak mase tuu sebab pergi layankan plak dorang. dorang dah la mulut tak insurans. tak fikir perasaan aku. so, bila aku start post kat sini. dah terasa plak... adeyyy. susah la plak kan bila nak bg tau ape yang kite rasa.

aku memang tak suke simpan. tapi aku tak pernah pulak nak cakap atau bagi hint betul-betul kalau aku beganng ngan cik unknown nii. tak punn. tapi biasalah, siapa makan cili, terasa pedasnya.dalam mane-mane persahabatan pun, mesti tergigit lidah kan. so, i guess this is the right time to know her better.pergaduhan membawa kematangan :)

lain kali aku akan lebih berhati-hati la kalau nak layan perempuan macam gini.tentulah perempuan, lelaki stakat ni belom lagi larh. haha. ade ke lelaki mulut joyah ??


sampai bila nak berblogging ?

ehm. sampai bila tuu tak tahulah, selagi termampu dan selagi ada yang sudi baca :) kan kan ? nanti kalau dah rasa macam sakai blog ni, then i will stop. dont worry, be happy :) life gets easy when u smile :) senyum sikitttttt :))


okey, tu je larh kot wat masa ni. a brief history of fiqaliqa fashionista :) cewahhh. history la sgtttt. newayyy, thanx readers and follower :) love u much !! keep on blogging ! lantak pi perempuan-perempuan itu. haha


Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Monday, June 13, 2011

Kawan

6 suka komen

assalamualaikum ^^

her name nurul khausar :)

kawan. kawan kawan dan kawan. berapa banyak kawan korang ada  ? semua orang normal mesti ada kawan. kalau korang freak mcm aku sekalipun, korang mesti ada kawan kan ? kan kan kan ?


orang kata, kawan ni ada banyak jenis.macam-macam. kawan yang baik depan blakang, kawan yang jahat depan blakang, atau kawan yang depan baik, belakang kita tuhan je la yang tahu.. dalam banyak-banyak , aku rasa yang jenis ketiga ni plaling dangerous sekali.


jenis yang depan kita baik nak mam*** tapi belakang kita hmm jahat nak mam*** .hahaha. paham-paham je larh yerk.mulut i ni kadang-kadang memang mcm ni. hee :p


orang kata jugak, kawan kita ialah cermin bagi kita untuk masa depan. haa. kalau kawan kita sume cun dan cantik-cantik . kita pun mcm tu jugak ker ?hehe :p


orang kata lagi, nak pilih kawan biar betul-betul, jangan sampai terpilih lawan.


tapi 'orang-orang yang berkata-kata' tu, 
betul dan benar belaka ke kata-kata mereka 
wahai kawan-kawan ?


bg aku, hmm. its easy to say than to act as u say. eh, pe cam lain bunyiknye. lantak larh, main pointnya, aku nak cakap, ala, cakap senang la. cuba kaw buat ! hah. try la. hmm. kadang-kadang, bukan senang nak dapat kawan yang betul-betul kawan.dalam 10 orang yang kita berkawan, tak semestinya semua boleh masuk dengan gaya kita, cara pemikiran kita,budaya kita, eh, logik larh, semua orang berbeza. 


mungkin kita cari kawan yang sama family background dengan kita, mungkin kita nak cari kawan yang boleh dijadikan tempat mengadu sedih gumbira, mungkin jugak kita kawan dengan die atas sebab-sebab tertentu, seperti di dorong oleh orang lain, orang yang terdekat dengan kita contohnya, senang cite, orang yang terdekat dengan kita kawan dengan die, so, kita pun nak jugak kawan dengan die.ataupun, orang terdekat dengan kita sayang dengan die, then kita pun rasa kita patut berkawan dengan si polan tuu.


yang last ni, kadang-kadang aku rasa tak adil, sebabnya kita nak berkawan dan kita nak kenal die sebab orang lain, macam tak ikhlas. benda tak ikhlas yang kita bagi,. tak ikhlas jugak yang kita dapat.petikan dari shaheizy sam, johnny deep malaya tauu :) aku seriesly penah rasa benda ni.


so, biarlah lepas ni kalau aku nak berkenalan ngan sesape, biarlah dari hati ikhlas ni sendiri, bukan terdorong atau didorong oleh orang lain.walaupun siapa orang itu. ive learn from my mistakes.


nanti bila kita selalu baik, act like nothing, bila sampai masa tiba-tiba kita tahu perangai die yang sebenar, masa tuu, ko tahu la tinggi rendah langit ni peah. sakit hati tak leh tahan-tahan dah tau.yang indah-indah tak kan diingat dah, tinggal yang busuk-busuk jer diingat. segala yang busuk tu jugak la yang diungkit.


haiii. kalau dulu time budak-budak boleh la, 

"kite tak nak kawan ko. g maen ngan senah. esoknya, okey, peah, kite kawan dengan ko balik." erk~ suke hati peah dapat kawannya balik. senah pulak ternganga ditinggalkan.


okey. tu dulu. hingusan punya mentaliti. suci murni. sejernih hingus tuu. haha.eei. pengotor lak aku ni. oh,ok sori. -.-'


cuba la bandingkan dengan sekarang, bila dah gaduh, tak de maknenya nak salam-salam then baik balik. susah la nak jumpe.paling cepat mesti berbulan baru datang baik-baik, mintak maaf sume. hmm.tapi bagus la kan. orang mintak maaf, kita kena maafkan. tangan yang menghulur kemaafan lagi baik dari yang memaafkan.better mcm ni, dari langsung tak de. wat do know jer ~


itulah kawan, bukan macam adik beradik, kuat mane gaduh, sepak, terajang, air dicincang tak akan putus. sebab tiap-tiap hari muke die jugak kita hadap. heehehe. ni la yang aku pk dulu. sebab orang cipta perumpaan tuu. hehe. tapi sekarang aku dah sedar, memang salah la ape yang aku pk tuu.haahha


sekali kita putuskan tali persahabatan, rasanya macam selama-lamanya larh tak akan bersambung. ni kalau dah kes berat la kan. tapi dalam mana-mana persahabatan pun, mesti akan ada bertikam lidah jugak. kalau korang perfect sangat ,tak de la kan. sume smooth jer. tapi bosan lak bila macam tu kan ?

tak de thrill la.

bukan maksudnya, aku soh korang p gaduh lak ngan kengkawan. kunk pazni kawan salah sikit, terus perang dunia 2011. eh, jangan .no no no. tak baek begitu bebeh.


lastly, cari la  kawan sampai beriban, bukan musuh yang beriban. kalau macam tuu, apee pun tak bleh nanti. hee :) cari la kawan yang betul-betul kawan, bukan kawan makan kawan.dan jangan ambil kesempatan kat kawan kite okey ? yang selama ni ada disisi kita, bertahun-tahun ada je teman kita, pergi mana pun berdua, akhirnya kita dumped die sebab kita percaya kata orang ketiga yang sangat negatif pemikirannya.. 


haish. ni payah third party ni. selalu menyusahkan.mereka ni sebenarnya jeles je tengok korang berdua. biasalah, perempuan kan suke jeles-jeles ni. haha. 


bukak la, mata hati minda. percaya apa yang kita ikhlas nak percaya.ingat, ikhlas yang kita bagi, ikhlas jugak yang kita dapat :)


ini kawan saya :)
die bukan setakat kawan, die mcm separuh saya, wahh. hehe :)
rindu kaw pija pijot. huu

update : oleh kerana aku rasa cam terover lak kepanjangan entry ni, aku selitkan picture wat cuci mata. hee :)


Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Thursday, May 19, 2011

Contest Friends Forever

3 suka komen


assalamualaikum ^^

hye korang ! jom join contest ni, contest friends forever !! semua ada friends kan ? so, apa kata glemer kan friends korang dengan join contest ni. hee . aku memang gila glemer dan sedang dalam kebosanan , jadi, banyak masa terluang, so, dari membuang masa lagi meneruskan mukadimah kononnya yang panjang berjela, aku dengan ini, menjoinkan diri aku untuk contest ni ! yeah ! hee



nak JOIN ? klik sini ! atau klik kat banner ni ye !



so, gambar bersama friends yang aku tak leh lupa dan paling bagi kenangan ialah gambar ni 
v
v
v
v
v
v
v
v

nampak cam biasa kat korang, tapi ni lah last aku keluar dengan mereka. keluar hang out. huu. bukan hang pi gantung diri. eh, bukan ! huu. sedih tau. lepas dari ni kitorang bz sebab final year kan, dengan exam lagi. huu. sekarang baru je habis berpisah. huu aku tak akan lupe kat korang sampai bila-bila. 

tapi dalam gambar ni siti norsherina tak dak. huu die yang capture gambar ni. so sad die tak dek lak dlm gambar ni. huu. pape pun, aku sayang korang sume ! hari tu penah gak hantar gambar ni untuk contest bff sis nurul badiah, tapi tak de rezeki. so, aku try lagi kali ni. sebab gambar ni yang paling bagi kenangan weyh  :)

yang menariknya contest ni, kita boleh pilih hadiah yang kita nak kalau kita menang, thanx to penganjur dan penaja : Droplet House .so, antara hadiah-hadiah yang ditawarkan tu, aku pilih, baju ni :


penaja : Droplet House



nak tag :

dan semua yang baca ni, jom join jom !!
terima kasih sudi baca :)

Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Wednesday, May 18, 2011

feeling lebih makan cekedis

5 suka komen


assalamualaikum ^^

wee. selesai sudah cabaran paling mendebarkan hari ini, hee. bajet jer. padahal cabut undi untuk GA jer. hehe. pada semua yg menang, tahniah ye, ni 1st GA dari Fiqaliqa Fashionista tapi korang sudi gak join, hadiah pun tak seberapa. tunggu la aku kaya raya nanti duit kepuk-kepuk, aku bg hadiah bez punye ye ? hehe

jadi, ini adalah entry ringan-ringan jer. bukan ringan-ringan pegang-pegang larh ! ui ! choi tau ! entry ni aku kata ringan sebab sesaje nak bg korang tengok gaya aku yang feeling lebih bila makan cekedis di tepi pantai sambil dengar pakwe bff aku, iaitu pija , menyanyi untuk die,haha. memandangkan aku tiang lampu sebab keseorangan, jadi, aku pun layan makan cekedis yang pija beli kat tesco manjung. haha.

terok kan ? dah la orang dating die menyibuk, makan cekedis deme lak tu, hee. tak pe lah, kata bff kan. hehehe.i hve great day with u :) merempit bersama weyh ! i love u larh ! aku sayang pija ! hee :) so, nikmatilah iklan cekedis paling top abad ini ! hahaha


menikmati cekedis yang di sponsor pija
gambaq kat atas ni .gif, so, patutnya gambar ni bergerak-gerak la, so, kalau die tak gerak, korang klik la gambaq tu. hehe. baru boleh tgk muke feeling lebih aku tu. hahaha. klik tau !



"saya harap YUNA anggap saya adik die"
eh, aku serius tau ! hahaha


ni lah die, bff aku ! pija pijot !


alamak, gamba kita blur plak. hee, tak pe lah, style baru. hehe. nanti ade masa aku datang umah hang lagi , leh ronda-ronda dgn incik tedy tuu. hehehe


terima kasih sudi baca :) kalau sudi, klik la HB saya. hehe


Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Monday, April 4, 2011

I've done MUET Speaking test !!

8 suka komen

assalamualaikum '',


okey, now lets talk english.
haha. im just finished my speaking for MUET test.
wah ! im feeling so freaking nervous !

oklah, untuk memudahkan ekpresi perasaan ,
mari kita speaking bahasa ibunda.
sekarang berada di library mengupdate blog. haha

almaklumla broadband  dah di kuarantinkan :)
sekarang terasa sangat lega !
fuhhhhhh. tadi macam-macam rasa, sakit perut la, nak g toilet la,
lapa la, macam-macam tau
dah la dalam bilik kuarantin tu tak boleh buat apa
nak g toilet pun tak boleh
fon dah memang tak de dah
awal-awal dia dah kutip

seawal pagi dah sampai kolej
pak guard pun baru sampai tau ? teka la pukul berapa.
pukul 7.00 pagi aku dah tercangok, terpacak kat kolej
punya la semangat ! haha
yela, dalam jadual kan pukul 7.30, so kena la datang awal kan ?

ahli kumpulan aku semuanya lelaki ok.
tapi nasib baik diorang memang budak kelas
so nervous can be reduce :)

akhirnya dalam pukul 9.40a.m, its our turn !
aiyaaa. butterfly in my belly !
aiyooo. nervous nervous nervous
the examiner rings the bell
and we start reading questions . i am candidate A, so its my turn first

Alhamdullilah, everything went smoothly
and we had also argument when all others candidate agreeing with my point,
while i think not. haha
quit funny seeing us fighting menegakkan keadilan dengan bahasa yang konfem lintang pukang !

haha. kelakar-kelakar.
yang penting hari ini dalam sejarah sebab tak pernah-pernah aku datang kolej pagi-pagi buta
sampai pak guard pun pelik !
dan tak pernah-pernah aku rasa pergi kolej macam nak pergi sekolah
keluar rumah gelap-gelap lagi !

haha
nice experience with nice people :)
good luck for others !



thanx for reading :)
terima kasih sudi baca :)


Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Monday, March 28, 2011

kaki "banglink" bukan kaki bangku

0 suka komen

assalamualaikum ".

ehem ehem. jgn ajak ah g bowlink.
jgn ajak ah si fiqaliqa nih.
die ni, kaki "banglink" !

waaa. syukur alhamdullilah, skrip seperti diatas tak pernah lagi kedengaran di telinga capang aku nii
jangan nak kecik kan hati aku yang memang tak besar ni eh ?
term - 'banglink' adalah term merapu yg naru di reka oleh aku kerana aku telah sedar diri
hekheeeee.... sebelum ni bukan tak sedar, tp,,,,, rasa cam tak dapat terima kenyataan

ngeh ngeh ngeh
oleh itu, dengan rasa rendah diri + bangga sikit,
haa ? ni pun kaw nak banggakan ?
laaa...

tak kan kat blog orang lain pulak aku nak bangga diri sendiri kan?
mestilah kat blog sendirian berhad sahaja. hehehe

okey, take note, amek nota kukukaki dan sebagainya bahawa
fiqaliqa memang tak reti dan tek reti lagi tak reti berlipat ganda bermaen B-O-W-L-I-N-K
ada ngerti ?

jadi,, dengan ini terma 'banglink' jatuh ke atas diri ku sendiri
dan sesiapa lagi yang sewaktu dengan aku,
boleh amek terma ni, dan sebarkan dekat membe-member bila diorang ajak ber-bowling.

eh.. bowling ke bowlink ? suke hati aku je menaip.
haha, tak kisah la. tapi korag tahu kan apa ke mende tuuu ?
ala... yg kena lempor bola berat gajah dalam terowong untuk jatuhkan semua pim-pin yg ada dalam terowong tuu. ha,,, ini description aku,,,

korg g la google ye in case seriously tak tahu menatang game bowlink niii

*tapi, jgn guna terma ini dalam UPSR, PMR, SPM ataupun DIPLOMA anda, sebab nanti,
konfem-konfem A.Samad Said marah. ini suka-suka jew. hehe

sebab musabab utama ialah,
  • bola yang berat gajah untuk dilempor tuuu
percayalah, aku rasa macam lontar peluru time skolah jew tauu *huhu

  • terowong atau lane tuu, macam tak logik je jauhnya. mana la mau nye...nak jatuhkan semua pin ? oh NOOOO

  • apa perlu longkang tuu ? itu penyebab aku rasa malu teramat bila bola berat macam gajah tu masuk kat situu. then brader brader tak bertanggungjawab, gelak kan. adehhh. jatuh sahammmmmmmm. -.- erk ~

hahahaha. itu la diee, sebab musabab yang aku dok pertikaikan.
weehewww -.-'



terima kasih sudi baca :)
Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

made with love by fiqaliqa