Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Funny aka Lawak la. Show all posts
Showing posts with label Funny aka Lawak la. Show all posts

Thursday, August 16, 2012

Kad Raya

0 suka komen

sekejap je masa berlalu kan ? tiba tiba dah nak raya. masa memang cepat. kita yang tak cukup cepat nak ikut. hehe. korang tak la kot. aku jer. huhu.

anyway, cerita pasal kenangan time berpuasa n raya, teringat pasal kad raya. untuk pengetahuan, hee. tahun ni rasa terajin plak bagi kad raya untuk kawan kawan. tapi tak dapat nk bg semua, sbb xde alamat la. nnt kalau mintak alamat takut tak suprise dah. so aku pun membongkar la balik buku2 lama carik alamat.

carik punya carik, banyak plak jumpa kad raya lama lama yang cantik comel ak guna lagi. wahhh ni lg bagus, xyah nk g beli. hehehhe.kalau boleh jimat, kita kena jimat, jgn membazir, lagi lagi di bulan puasa yg mulia ni kannn. heee :)

korang caner ? ada hantar kad raya tak ? dulu dulu dapat je kad raya terus lekat kat dingding. hehe . banyak la tersusun . meriah gile. tapi sekarang, bape ketul je la yg dapat. gantung dekat 'pokok raya' pun nampak sedey je. haha. yelah, sekarang zaman IT katakan. semua pakai SMS, EMAIL,BBM what-so-eva. 

tapi tahu tak, bagi kad raya tu lg memorable. tahu x ? lagi lagi kalau org mcm aku ni, asik pindah randah. bila dah banyak sekolah yg aku pindah, at least bila baca balik kad raya yg membe membe lama bagi, teringat la balik kan. baru la terfresh balik memori lama tu. dok sengih sorang2, gelak sorang2, baca kad raya lama lama. bez tauuuu. 

korang yang tak tahu tu mesti tak dapat kad raya banyak cam aku. hahahha. 
ok lah, gurau je senah. jangan le marahhh. hehe. ok lah. 
nanti kita story mory lg ye uolls. nanti iolls nak update pasal befday ! hehe :)



Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Tuesday, September 27, 2011

Tips nak jadi 'IN'

4 suka komen

senang je kalau nak jadi 'IN' dengan trend budak budak sekarang.
khas untuk korang yg rasa teringin.suka suki jer.
 happy reading :)
*amaran: mungkin tak berfaedah kalau di amalkan. tehee .




korang mesti ada blog.
ala daftar je blog, senang je. konsep blog ? ala tak yah susah-susah fikir, asal cantik sikit, okey lah. blog tak yah nak private laa. tak yah letak setting content under 18 years above sume tuu, nanti buat susah je blogger nak blogwalking kan ? dan , haaa. yang ni main point dia, pastikan dalam blog tu plak mesti bubuh gambar beribu riban. gambar macam mane ? sila baca tips nombor 3 ye.



mesti ada kamera canggih.
tak maen yang cikai2. desler paling ideal.kalau boleh pinjam orang lain punya pun boleh. asalkan ada brand okey.then show off la sikit. eh eh, bukan sikit, show off banyak-banyak okeyh.





uplode bebanyak gambar.
langkah seterusnya, sila uplode gambar dalam skala 100-200 gambar dalam satu album.wajib banyak gambar, harus banyak album.faham ? tak faham, pandai-pandai korang la nak faham. tehee  gambar-gambar tu, biarkan je . tak yah edit-edit la. kalau rajin, edit la. kalau tak rajin, tak yahhh. uplode je beribu riban. yang penting kena buat gaya-gaya comel tau. kasi makeup banyak sikit lagi afdal. tambah 'aksesori' banyak kat muka lagi menawan. dressup sama tp posing banyak-banyak dan hampir kurang sama antara semua gambar tu, adalah amat digalakkan.




buat adik beradik.
mula-mula kena ada fb dulu.then buat la nama yg macam unik sikit antara geng2 korang.then buat nama last kat fb nama geng tuu.kira sama la satu geng ada nama tuuu. ok ? then request la adik bradik, sister, brother,cousin, nephew, maknda, walhal nenda sekalipun, antara geng-geng korang tuu. boleh ? apa-apa je, tak de halangan.




buat banyak-banyak fb.
buat la dua, tiga fb. saje, nak menambahkan pengguna fb kan, meriahkan, lagi bagus, then  add la sape-sape je, contoh, satu fb untuk para blogger, satu fb untuk awek-awek, satu untuk mamat-mamat jambu, satu fb untuk sedara mara, satu fb lagi untuk mamat-mamat korea, haaa. nampak tak , nampak tak ? itu namanya salah satu tip jugak ye untuk menjadi IN dengan trend terkini.




active dalam semua social account.
buat la sebanyak social acc yang mungkin, semua social acc yang ada sekarang ni, korang pun kena ada dan kalau boleh, cubalah aktif kesemuanya. paling mustahak, setiap apa yang kita buat, post je. tak kisah la jap g nak tido ke, jap g nak g maen bowling ke, jap g nak tengok wayang ke,jap g nak pergi keje ke atau sekarang tengah tgk cerita ni, cerita tu, bla bla bla ~ lagi satu, kalau ada kat mana-mana tu, check-in places la ye, contoh at pejabat. at toilet. at mall. whatever. lagi afdal kalau setiap setengah minit ada update dari korang.haa. baru ideal beb.baru kelasss gi tuuu.




amacam ? ada rasa nak jadi IN tak ? trend baru nii. hihi



Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Sunday, September 25, 2011

Lelaki-lelaki yg sgt tak COOL

6 suka komen


lelaki-lelaki yang sangat tak COOL , berpelakuan begini : happy reading :)



Cakap Kuat-Kuat. 

Lelaki yang suka sembang kuat-kuat. sembang kencang katanya... pernah jumpa? mahunya tak pernah.

sounds like this :
lelaki sembang kencang : hey ko tahu, ha, malam tadi bola bla bla kalah kot. yg bla bla patutnya menang.
lelaki yg terpaksa layan : hmm. aa. *sambil hirup air .perut lapa *bunyikbunyik*
lelaki sembang kencang : ala aku dah cakap yg jurulatih bla bla ni tak power, tu lah, banyak sebab kalah ni. ko tahu yg jurulatih tu patut tukar je !
lelaki yg terpaksa layan : ohhh.*sambil makan megi goreng yg dah pun sampai

*conversations less or more. hehhe

dah la sembang kuat-kuat, pulak tu, macam nak menunjuk pulak kehebatan dia.yang tak la hebat sangat~ tambah kuat lagi kalau kat meja sebelah ada awek comel sopan santun minum milo panas dengan roti planta. emm. kalaupun awak HEBAT sangat, tak perlulah nak SHOW OFF. semata-mata nak dapatkan attention satu kedai mamak. adeyy. walhal kawan semeja tu pun macam malu-malu nak duduk semeja. tak kan tak prasan brader. emm.annoying kan? rasa kesian pun ade.sangat tak COOL ,tak HEBAT, tak OHSEM.



Keluarkan Berkepul-kepul asap.

asap apa ? asap ekzos kereta? atau ekzos moto tu ? tak tak. dah tentulah asap rokok dari mulut tuu. asap yang berkepul-kepul banyak tak terhingga sampai boleh buat shoot Misteri Nusantara~Jangan Biarkan Hidup Anda Diselubungi Misteri.hahaha. dapat bayangkan ? dasyat kan ? lagi lagi kat tempat yang dah memang sedia ada sign dilarang merokok, hey mister, dont u get it ? tengok-tengok la port dulu. ni maen terjah jerrr. so not COOL


Berkepit dengan GF tak kena tempat.

yang ni lagi aku tak faham. hey dude, memang la bila dah ada awek tu rasa nak berkepit je tak nak lepas kan ? ye ye, aku tahuuuu. ==' lagi lagi kalau awek muka korea makeup macam org nak kawen, kan ? konfem korang tak nak lepas punyaaa. yelahhh, nanti senang bila ada yang tanyaaa. fuyohhh. awek sape tuu ? by that time, korang dah ada kat sebelah awek tuuu. bangga la kan ? haha.tak kisah la nak berkepit mana punnn. eh, bukan tak dosa, dosa, tp.. sendiri mau ingat lah deyh. 

yang tak boleh belaaa bila GF pergi section underwear pun BF nak ikut skali apehal ? aku cakap berdasarkan pengalaman sendiri la kan , jarang la aku jumpa suami yang nak temankan isteri dia pergi kat section tertutup tu. segan kotttt.patutnya, dorang tak yah segan pun. sebab dah jadi isteri dah pun, apa adehal . ye dak ? ni yang belum ni haa. dok beriya menggedik-gedik. haishhhh. yang lelaki, layankan je. erkkkk. so not COOL. 


Kedekut tempat duduk.

selalunya dalam train dan dalam bas. oh yaaa. aku tak ambik hati sangat la kalau tak bagi tempat duduk kan, tapi kalau ada makcik tua, kesian kottt. makcik tua, dengan lelaki, mana lg kuat? mestilah lelaki kan, so, stoplah buat-buat tak nampak atau buat-buat tido, bawak-bawaklah mengalah ye. yang lagi tak leh belaa bila ada kosong sebelah dia, cepat-cepat panggil geng dia plak. huwaaa. tak kesian ker kat kami ni ? korang kat kuattttt. berdiri lah sekejap. huuu. dah la tak nak bg tempat duduk, then boleh plak ada hati nak suwit suwitt awek awek comel depan mata. haiiii. sangat tak COOL. 


Bau tak terbendung.

ehm. ni macam sensitif.tahu bau apa? biasa la. bau badan. yup. sila bayangkan seorang jejaka idaman Malaya yang dari jauh dok kita usha, pakej lengkap, tapi semakin kita hampiri, oh no. oh no. what thats smell ?  terus ; okey, fine, tak pelah. tak jadi nak usha dah. bawak bawak la sempurnakan hygiene tuuu yee mister.tak lah sampai nak kena org sekeliling berkerut-kerut dahi cari sape yg bau ni, sape yg bau ni ? haha. tak nak kannn? baik sedia sebelum kena, kan ? 


okey . tu je la kot yang tak COOL pernah aku jumpa.
kalau ada lagi, aku sambung part 2. muehehehe.
jgn marah  :) chill saje. baru la COOL :) hehe

made by picnik.



Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Monday, August 15, 2011

Hectic Me .

4 suka komen

orang lain sabtu ahad masa bersuka ria, enjoy duduk rumah , lepas sahur boleh tido sampai tengahari layan bantal busuk, syoknya ! tilam yang empukk lg enak, adeyyhh.
wahhh. aku nak jugakkkk.

tapi aku sabtu ahad terpaksa kerja, lebih mensadiskan lagi, 
hari yang befday sendiri pun kena kerja. huu. 
penat woooo. weekend adalah time kerja yang paling memenatkan.
yelah, dah keje kat mall,mane tak penattt. huwaaa.
 org ramai dtg konfem la nak shopink time weekend kan ? huu
 
aku berkerja keras macam nak timbul muscle-muscle. ahaha


bayangkan la, satu cutomer, nak try beribu baju, beribu baju tu plak, tak semestinya semua ada kat kaunter, yang kat dalam stor tu haaa. aishhh. dah kena menyelongkar lak tuuu. lagi-lagi kalau die nak try baju yang stok die dalam kotak berat nak mam*** . haiii. lagi-lagi bulan puasa ni, rasa nak pengsan eden. 
 
  pastu dah penat den mencari kan die punya saiz sume, 
boleh plak maen belahhh jerrrr. 
arghhh. customer mcm ni pun ada?? grrr. masak kunk,  tahu laaa.


so, wahai anda-anda sekalian, 
tolonglah, masa bershopink tuuu, 
prihatin sedikit pada kami yang melayan anda ni. 
bulan puasa derrr, agak-agak laaa
 
memang la itu kerja kitorang, tapi bukan anda sorang jer customernyaaa. 
tolonglah sabar sebab kitorang bukan robot. huwaaa.


kalau boleh, aku pun nak superpower,macam supermakkk, terbang terus nak amek stok ke hulur kehilir. 


tapi nak buat mcm mane, 
aku hanya seorang gadis comel sopan santun dan suke perasan. 
haha. 
tak de superpower langsung,
 walaupun muscle agak-agak nak naik dah ni.ahahha.


hari ni aku dah 21 tahun dan 3 hari, ecewahhh :) 
sebabkan aku sibuk sangat kerja,
just makan kek kat umah je la, dengan cekodok fevret aku sambil tengok badminton. 
uhh. btw, chong wei jgn sedih kalah yeee. 
i will always uuu. 
hee :)



Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Tuesday, August 9, 2011

setting FB utk selamat dari dihack

3 suka komen

hmm. pagi ni online fb, then ada friends update status kate fb dah bertukar lg. tanpa notifications. kali ni katanya isu keselamatan pulakkk. hey hey mark zuckerberg. apa lagi nii ? dah perfect la tuu fb tuuu. dok ubah sana sini lagi. memang la lebih upgrade, tapi macam lagi menyusahkan jerk.


lepas isu chat box baru yang tah pape,dan menimbulkan rungutan sekaligus idea untuk update status berbunyik 'chatbox baru budus' , 'rasa chat ni menyusahkan jer' ,walhal manusia lain pun dah tahu benda tuu. tp biasalah, manusia suke merungut , hr ni muncul plak isu keselamatan bila kita guna fb.security ? dont play play sista.


okey ,cuba korang check ni

1.Sila Lihat pada url FB anda. Top Box pd skrin anda.

Jika anda lihat "http" atau hnya "www" dn bknnya "https",anda TIDAK mmpnyai sesi yg slamat 

& blh digodam.

2.Prgi ke --> Tetapan Akaun(Account Settings) -->Kselamatn(Security) -->klik Change @ Edit.

Priksa(Check) kotak(Secure Browsing),klik Simpan (Save).

Anda lhat skali lgi URL anda akn trpapar https://



okey. aku dah buat.tak tahu la ni tipu ke betul,fraud ke spam o whateva ~  

tapi aku rasa was-was, baik tukar jerr.

kunk sia-sia esok kaw punya gambar super hotttt tuuu dah 

tukar jd gambar 18 tahun ke atas . takut tawww .

bla bla bla bla ~ situ sini sana tukar, ini tukar, upgrade downgrade ~ 
translated : 'selamat hari raya'

hee :p


Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Friday, July 22, 2011

asal usul DURIAN ??

2 suka komen

hey hey. tengah makan durian ker? almaklumlah, sekarang musim durian. sedap la melantak durian kan kan ? durian memang sedap. lagi-lagi durian kampung, dulu time aku dok Tapah, kemaen bahagia dapat makan durian kampung, free pulakk tuu . sebakul dua bakul, konfem ada kat rumah. bahagia je nak melantak. tak kisah la badan panas ke tak panas ke.tak kisah la nak makan durian dengan santan ke atau nak buat bubur ke atau dimakan begitu saja ~ memang sodap !


ada orang yg tak boleh makan durian, sebab bau durian tuu. tapi aku boleh tahan lagi kalau bau durian asli yang belum dimakan, means, bukanlah bau durian hasil dari mulut orang lain. bau sendawa dari dalam perut, keluar ke mulut dan menyebabkan bau nafas yang menyesakkan orang sekeliling. perghhhh ~ dpt bayangkan tak bau tuuu ?


okey, mcm ni ceritanya, semalam aku serve customer, customer tu mungkin hantu durian, sampai mulut die pergh, pekat bau durian tuuu. tak kisah la kan kalau kita nak telan melantak berapa byk punn. tapi hygiene jaga la sikit sister ... ni tak. lepas melantak, terus g mall nak shopink mopink lak die. kan bagus g la gosok gigi tu dulu, bg hilang bau sikit, paling tak pun, g la makan chewing gum ker, bg fresh sikit breath tuu. haiyaaa~


dah letih menahan nafas sebab nak jaga hati customer kononnya, then aku mengadu dekat teman sekerja yg juga melayan customer yg same .customer hantu durian.

aku : hey, die makan byk durian sgt la.bau mulut dieeee... sy rasa nak throw up.
kwn : aa. kuat sgt bau die. haiyaaa ~
aku : i tak kisah tau kalau bau ori durian, sebab i pun makan juge. tapi xtahan la kalau bau tak ori niiii ~

kwn : hey, u tahu ker kenapa durian tu busuk ?
aku : ha? dah memang bau mcm tu la
kwn : tak la, mcm ni tau ~



die start la cerita asal usul durian mengikut fahaman die.

awas kpd peminat tegar durian, jangan baca
nanti takut hilang selera ~


aku lukis je la ye. korang teka la cerita die. cam tak reti plak nak susun ayat bg cerita ni. haha. pandai-pandai la korang fahamkan lukisan buruk aku tuu. 

gambar satu :

gambar dua :

gambar tiga :

finallly !!! :



kwn : so, u tahu kan kenapa durian tu busuk ? itu 'hasil' dari orang dulu-dulu tau.
aku : hoi. choiiiiii !!!!!!! tambah nak muntah aku time tuh. -.-'


haha. tu lah die.cerita yg buat aku xnak ingat bila nak makan durian.
senget punya kawan. hahaha
sekian.




Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Monday, July 4, 2011

cinta monyet aku yg paling beruk

2 suka komen

yeah. hari ni hari isnin. hari ni off dayyy. yeahhh. seronok betulll tak yah g kerja. hehe.korang keje ke ? kalau government mesti keje kan kan .


okeylah, pagi ni tiba-tiba aku teringat zaman cinta monyet dulu kala. ala, semua pun mesti ada pengalaman cinta monyet kan ? okeylah, tak semua, cuma budak-budak noob dan malas belajar macam aku je. hee. budak-budak skema tak de mase nak pk mcm ni.


cinta monyet aku yg pertama zaman sekolah rendah. ahahaha.zaman 90-an nak amek UPSR. ahahaha. zaman ni aku kira mcm budak harapan cikgu la jugak. sebab nampak rajin dan cerdik. then banyak la tuisyen muisyen dan kelas tambahan yang aku kena pergi. tambah sesak lagi ibu-ibu zaman 90-an ni memang take serius punya result UPSR anak-anak jiran, anak-anak sedare, biasalahhhh...


tapi dalam banyak-banyak kelas tuisyen, aku suke kelas sains. tah, macam bez je. budak-budak pun sikit. nak cuci mata pun senang.tambah-tambah budak yang aku suke tu ade lak lam kelas tuuu. die ni macam nerd. mungkin masa tu ciri-ciri tu yang aku sukee. ahahaha. cam sengal je ~


penah sekali, kelas malam,cikgu dok mengajar beriya kat depan, aku dok menulis surat cinta. hahaha. hampeh kan ? panjang berjela aku tulis. tah hape lah merapu. konon-konon malam tu gak aku nak luahkan kat dieee. gila tol. dah la budak2. dah nak jadi perigi cari timba. tak malu tolll.


tetapiii. apakan daya... hasrat tak kesampaian. korang nak tahu sebab ape ? sebab time nak balik tuuu aku nampak die sembang ngan budak pompuan yang jauh lagi cun melecun meletop punya kalau nak bandingkan dengan aku, dengan budak-budak lain darjah enam tahun 90-an. ahahaha. so, aku pun patah hati. lagi-lagi bila nampak mamat pujaan hati tu menjeling bangga kat aku sebab die dapat la tunjuk die sembang ngan pompuan paling meletop tuu.


kuang asam tol. so, apa yang aku buat dengan surat cinta yg masih di tangan tuu ? cepat-cepat aku koyak, buang lam longkang. bersama-sama impian bercintan cintun dengan budak lelaki tuu. hancur berkecai hati. hahahaha. gila punya scene. macam drama lak kan.


itulah cinta monyet aku yang paling beruk. sebab apa ? sebab tak sempat nak bercinta dah berkecai. ahahaha. tapi ada hikmahnya, aku dah tak dok cuci mata time dalam kelas tapi terus fokus study sampai dapat result membanggakan masa UPSR. gila bangga masa tuu. hee. tapi tu dulu, sekarang tah mana kepandaian aku pergi. haha. 


last but not least, jgn la cintan cintun masa darjah nam. ahaha :)

ini adalah 1st doodle aku. memang buruk.

doodle ni memang buruk. aku tak tahu la kenapa. tolong ajar boleh ? hehe. 


Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Tuesday, June 28, 2011

sambal belacan, cencalok, budu?

4 suka komen


assalamualaikum ^^


memang sekarang aku tengah lapar. haha. dan ye, aku mengidam nak makan semua makanan kat atas tuuu. huu. sedapnyeeee. kecur air liur beb ! sebagai orang melayu kampung, memang aku tak malu la nak kate yang aku memang makan pun belacan, budu dan cencalok niii. tapi aku rasa aku tak cukup melayu lagi sebab tempoyak aku tak berani cuba lagi. tak tahu kenapa. tapi kalau durian aku melantak tak ingat dunia. hee :) sampai panas-panas badan.

tempoyak. 

aku rasa bersyukur sangat sebab dilahirkan di Malaysia dan dapat merasa nikmatnya makanan-makanan ni. cuba korang tengok pelancong-pelancong tuu, datang jauh-jauh semata-mata nak rasa penangan durian ori kat Malaysia ni haa.chef wan pun wat show masak kat luar negara masak makanan Malaysia gak, siap ade buh tempoyak g tuuu tau.ha, kan untung jadi warganegara ? hee. patriotik la konon.aku rasa orang yang tak suke durian tu rugi sebab durian sedap la weyh. rugi-rugi. kalau korang tak suke bau die, tutup je la hidung time nak makan tuu. hehe. dah, cerita pasal durian plak kan.


okey, apa tu belacan ? ataupun sambal belacan. penah makan ? ini biasa la kalau dalam masakan pun selalu masukkan belacan. well, aku tak la pandai masak kan. tapi aku tahu la sikit-sikit.hee :) sambal belacan ni sedap wooo. rasa pedas-pedas, selalu makan dengan ulam atau bila ada lauk lemak. perghhh. terbaik laa.

sambal belacan dengan ikan masin. pic from google

okey, perut memang berkeroncong sekarang. hee. yang kedua, cencalok. haa. kalau kat Melaka memang berlambak kott jual kat gerai-gerai along the road. cewahh. cencalok ni daripada udang kering haluss tu. tapi aku tak tahu la ape lagi ingredients kat dalam tuu, tapi memang rasa awesome. haha. tahu caner tu ? rasa die macam manis-manis, masin-masin, pastu cam lemak sikit. tah la,memang bez. dulu masa kat hostel aku start makan cencalok ni. yang ni, bau diee, memang menusuk. tapi kalau dah makan, ok je sebenarnya.

this is cencalok ye kawan-kawan
pergh. sedap gile buh bawang, cili . huu. sedap wooo

roommates aku ada orang Melaka, so senang dapat bekalan. kalau sambal belacan tuu, boleh dapat kat kafe kolej jer.. sambal belacan common la. kalau cencalok ni ade yang kadang-kadang tak dapat terima. biasalah, orang-orang bandar nii, kadang-kadang tak faham. dorang selalu persoalkan, 


kenapa korang suke makan makanan yang fermented ni ? yang diperam ni ? kan macam busuk jeee. means korang makan makanan busuk la. cuba la makan pasta ke, bolognese ke. cheese ke. hmm.


pada aku, bila dorang persoalkan maca tu, aku diam je, dah kate sedap, tak caye, lantak kaw larh. selera masing-masing, oh.yeah, mungkin kaw membesar dikelilingi salji , sejuk, kitorang ni dalam hujan, panas kann. so, tekak pun dah berubah. everyone's different.


penah satu masa tu kitorang beramai-ramai ( geng-geng yang makan cara kampung ni ) di ruang tamu rumah sewa, masing-masing tengah seronok menjamah cencalok fresh dari Melaka, then, tiba-tiba ada plak housemates yang muncul dari dalam kamar beradu diee...bersuara, eh, apa yang busuk niiii. sedangkan kami tengah duduk, dah nak habis makan dah punn.then, kitorang buat tak tahu, tapi die terus tanye lagi, ehhh, korang tak bauuu ker ? macam bau sampah laaa.


hamboi sister ! tak de adab betul mulut die. eh eh. kunk makan kaki jugak ni. masa tu masing-masing dah naik angin, then, jadi la drama sikit. haha. yela, kalau tak tahu pun, tak leh ke nada tu sopan sikit ? tentu lah kitorang faham kalau die cakap elok sikit. ni takkk. maen nak maki jee. sape tak hangen ? padan ah muke kena pulau. bukan kitorang nak paksa kaw terima cara kami yang kampung sangat di mata mu ituu. tapi, cuba   tolerate sikit. tengah makan kottt. adab tak de kerrr ? -.-'


haish. tak habis lagi cerita sal makanan, teringat plak cite sister kuang asam tuu. hmm. okeylah, budu plak. budu ni asal terengganu kan ? aku start makan budu masa kat hostel jugak. hee. yela, kalau kat rumah, dah tentu la tak payah nak beli kat luar, masakan mak yang terbaek kan.


aku beli nasi kerabu masa tu. nasi kerabu ke nasi dagang tah. aku rasa nasi kerabu. kan ade letak budu. mula-mula takut nak makan, sebab macam pedas sangat jerr. kunk ade yang bertapa dalam toilet lak. huu. tapi kawan aku kata, tak guna la makan nasi kerabu tak de budu. budu tu yang pentinggg. perghh. tak guna die kate, so, aku try laa. hmmm. memang pedasssss. berasap telinga. tapi sedap. hee. siyes sedap.

ni pulak budu yeee :)

akhir kata, selagi kita hidup ni, dan selagi time muda ni, makan je la ape yang korang rasa nak makan, kunk kalau dah tua banyak plak komplikasi. dah susah. telan jee. rugi tau kalau tak try. mane nak tahu suka ke takk. kan kan ? k daaa. jom lunch !

all pic from google images :)


Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Monday, June 27, 2011

Kanak-kanak NOOB kena ejek

0 suka komen

mengimbas kembali zaman sekolah dulu sebagai budak-budak yang super "noob" ~inspired by both FL n ME. satu kenangan yang tak akan boleh lupa bila budak-budak suke ejek-mengejek satu same lain.

dan sebagai budak skema bajet cerdik, aku konfem la salah sorang mangsa penderaan mental niii. huu. kalau dera fizikal tak per lagi kott. ni dera mental.jahat tauuu. budak-budak nakal ni ade je idea nak mengejek. kalau selagi aku tak marah, selagi tu dorang mengejek. tapi kalau aku tak de respon punn dorang tetap tak berhenti jugak. kuang asam kan ?

dah la aku memang tak de kakak atau abang yang nak tolong protect ke tak bagi kena buli mental nii. tu yg lg bg advantage kat para pengejek tegar ni. haish -.-'

nak tahu dorang ejek aku ape ? budak cantik ! budak cunn. eh, muke kaw macam taylor swift laaa. haha. ok,nampak sangat menipu. dulu taylor swift tak glemer lagi. tahun 90-an. avril la kan? hee. hey , mane ade orang nak ejek kaw dengan name-name indah macam tuuu ? hello, itu dah jadi bukan ejekan la derr. itu pujian. haha.so, ape yang selalu dorang ejek aku ? 

ehm. yang paling aku ingat, dorang panggil aku pikachu ! huu. sebab ape tau ? sebab dulu penah aku ade macam iritasi kat pipi. so, die bulat je betul2 kat pipi. tapi sebelah pipi je.mane boleh jadi pikachu ? huu. paling tak leh nak kalah bila aku lalu je, mula la buat-buat bersin ala-ala pikachu. hampeh jerr.mase tu aku rasa pikachu adalah sangat tak comel. katun tah hape-hape tah. asik-asik kua letrik. kadang-kadang aku pun rasa nk bagi letrik kat dorang balik. bia terencat. haha

ade jugak panggil aku mee ruski ? ala dulu ade masuk iklan. selalu jugak la. alasan bila aku tanye, eh, asal ko panggil aku cam tu ah ? die kate yela, name ko kan umii, so, same la mcm mee ruski.ngek betol. ade ke patut ? okey, itu zaman sekolah rendah. sekolah menengah jgn kate tak de, ade jugak.

oleh kerana aku mcm agak terbantut sikit dari kawan-kawan lain, dorang suke panggil aku pendekkk. huu. sedey. nanti aku buat pembedahan lutut tahu la kome. nyesal nanti. hehe. kekadang sampai sekarang pun ade tau, ketot la, kecik la, mata empat la. newayyy, aku tak la amek hati punn.

sebabnya, bese la budak-budak noob zaman 90-an mane la tahu bezakan, budak-budak sume nakal. lagi-lagi budak laki. haha. dulu aku penah rasa nak jadi laki sebab lelaki boleh buli balik. kalau perempuan, kena diam dan terima je. haha. tapi, ha, ade satu ketika tu, aku ingat lagi sampai sekarang, 

kejadian die macam ni.. mase tu kat sekolah agama, darjah enam. biasa la setiap orang ade jadual tugas kan ? so,hari tu turn aku nak menyapu, tengah sedap-sedap menyapu, dah nak habis dah pun satu kelas aku sapu sorang. aku dah siap longgok satu tempat sampah, tunggu nak kaut je sampah-sampah tuu. then, tiba-tiba ade sorang budak laki debab ni dengan sengaja maen lari-lari kat situ, habis la sampah-sampah tu berselerak.

hai, angin betul aku. aku datang kat die, hey, ko tak nampak ke aku tengah sapu ni ? *cewaah. padahal dalam hati takut gak tuu. die dah la besar gabak dari aku. huu.takut tapi terpaksa la berani. sebab aku dah penat gila, so macam sakit hati gila lak masa tuuu.

then budak tu dengan selamba boleh jawab, eh, suke hati la. sume orang boleh lalu kan ? pastu aku jawab, ko tepi, kunk aku sepak kunk. *ni dah tahap bengang gile. pastu die jawab, eleh. sepak la. macam aku takuttt. *papppp !* sedap aku tampar die. satu kelas tengok weyhhh. maluuu **. ape aku buat ni ? sepak budak laki ? 

oi. bukan muhrim lak tuu. haha. tapi aku rasa puas gile. hambek kaw. selama ni asik buli je kan. padan muke. kecik bukan sebarang kecik tau. ahahaha. yang aku pelik, die tak balas langsung, tapi terus blah je dari kelas.aku mcm rasa bersalah la plak. habis satu kelas diam. revenge of the pikachu kott. haha. dah jadi show.

ehm. budak-budak lagi mase tu. kalau dah besar, maybe die belasah aku balik. hee. sori la ye.. aku ingat lagi muke kaw sampai sekarang. kalau jumpa, aku nak mintak maaf sangat, tapi aku nak tanye, seronok sangat ke ejek-ejek orang ha ? hee :)




Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Friday, June 24, 2011

Segmen Cantik Ekspress - Mata

6 suka komen


assalamualaikum ^^


hye hye hye. hari ni segmen Cantik Ekpress bersama saya, cik-tak-cantik-punnn. haha. oh. sorry la tuan-tuan dan puan-puan. nama i panjang pulakkk. biasa la, kalau selalu people just called me Blondieee. ya, i know thats such a cute name :) ahahaha. oh.oh seronok rasanya dapat bertemu u'all dalam show hari nii. 


u'all tak kenal i ? well, im just popular onlineeee. theettttt. i ni pengacara indie tauu thats why la u'all tak kenal, btw, i tumpang slot entry blog yang so-not-popular and so-not-my-taste nii. ehm.ya, i saje nak bagi up die punya trafik sikit. kesian tgk die nii.


okey, topik hari ni mata. semua nak mata cantik kan ? mata yang nampak ala-ala barbie doll gi tuuu. biasa la, perempuan, mane ade yang tak suke cantik, betoll tak laling sumeee ? okey, i can see korang agree. thanx u'all. so, mcm mane nak cantik ekspress untuk bahagian mata plak ?


ala senang jeeee. u'all ni, buat innocent plak tak tahu. macam ni la, pakai je contact lens. haaa. kan banyak jual kat kedai-kedai sekarang, kalau kat online lagi berlambak. murah-murah gile pun ade.tapi hati-hati la, sebab bila beli online ni kita tak dapat nak sure kan tahap keselamatan die.buatnya, u'all pakai, sebulan kemudian terus blank. habis. kan dah susah... so, sebelum beli tuu, make sure buat langkah keselamatan dulu yee. contohnya, pergi la cek tanye kat testimonial yang dah try, atau mintak surat akuan dari jabatan kesihatan.


ingat, nak cantik, cantik jugak, tapi.. kesihatan tu yang paling pentinggg. oh,dah banyak plak i membebel.sebenarnya kena ekspress. hee. biasalah, ekcited 1st time nak tulis entry niii. hee :) jom stret to da point, ni lah hasilnya kalau pakai contact lens :


SEBELUM


yang ni sebelum die pakai contact lens. tengok anak mata, kecik je.sepet lak tu mata die. 





okey, ni selepas die masuk rancangan i, Cantik Ekspress 



SELEPAS


tadaaa. okey,contact lens ni kaler violet punya.nampak tak perbezaan besar anak mata tuuu.oh,ni gambar sebelum edit bagi licin sikit kulit muka. testimonial i ni muka agak tak licin, so, kena la edit. haha. jangan tanye i kenapa die senyum macam tuu, u'all tanye la die. haha


OKEYYY. tu je la segmen i untuk hari ni.. thanx u'all. btw, segmen i tak de mase tetap, kalau i free i masuk jer. lagi punn, banyak lagi blog lain i nak terjah niii. hee ok byeeeee. c u next time yaaa :) korang jangan lupa try tauuuu. konfem meletopsss !!


p/s : segmen ni khas oleh cik-tak-cantik-punn a.k.a Blondieee. :p


Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Wednesday, June 22, 2011

4.00 flat, Bio-Oil, Bubu dan Bla-bla ~

2 suka komen


assalamualaikum ^^


selamat tengahari semua :) hari ni hari rabu. so ramai yang buat entry wordless Wednesday. tapi, memang aku ni langsung tak tahu la pe ke benda nye tuu. huu. so, aku pun tak join la. berlambak kot kat dashboard. sume entry mcm tuu. nak join. tapi aku tak tahu hujung pangkal ceritanya... huu. tak pe lah, esok aku buat wordless thursday. hahha. ade ke ?


okeylah. tiba-tiba malam tadi sebelum nak tido , aku tengok-tengok dulu gambar dalam lappy ni. tiba-tiba jumpa gambar niii.


hahhahah. memandangkan aku tak de keje dan tak boleh tido. so aku edit gamba ni. haha. nak tahu kenapa aku bulatkan benda-benda tuu ?


tengok dulu gambar pertama . yg botol kecik tuu, BIO-OIL. biasalah kat asrama, masa ni la kita nak cuba macam-macam produk yang kawan-kawan kite cuba.bila ade je produk yang elok sebab dorang dah try, mula lah nak try jugak. haha.lagi pun kulit aku tak la licin bak kulit telur. sebab aku sakai masa kecik, so banyak la kesan parutnya... newayyy, korang kena try BIO-OIL nii. memang berkesan tauu.tapi aku ni suke buat benda separuh jalan. konon-konon letak tepi bantal, nanti sebelum tido boleh la sapu kan.alih-alih, harammmm... bila dah ngantuk.. terus lelap. tak fikir dah derr BIO-OIL ke, parut ke . haha


hampeh jerr. so, bulat yang kedua kat gambar pertama tuu, note dekat dinding. ade 4 love kan ? tulis pun 4.00. ni konon-konon pembakar semangat la kan.. nak dapat 4.00 flat bila time exam. tapi bila adik aku datang masa hantar aku kat hostel, ape tau die cakap , ala.. kakak ni poyo je lebih. study idak punnn. hampeh punya adik. roomate aku pun selalu ingatkan aku azam tuu bila aku study then tiba-tiba aku rasa malas, dorang suh tengok pe yang aku dok tampal beriya tuu. 4.000 flattttt. hahaha


okey, benda ekstra lain yang mesti ada ialah. headphone tuuu. ni aku guna dengan lappy. so bila habis guna, memang situ la tempat die. hehe. sume kat situu :) pastu benda wajib ada, tedyy bear dan bantal busuk. haha. aku punya versi bantal busuk bukan yang kecik-kecik. besar punyaaa. bantal ni memang tak kasi orang lain pakai la. wat segan jerr. haha. kalau nak pinjam, spongebob tu boleh aaa.hee


teddy mr.bean tu name die bubu. hehe. saje nak g tau. hahaha. bubu tu memang penting. cer tengok gamba kat bawah blog ni pun ada bubu. hee :) ha ha,. ade jugak penutup mata kat situu. sebab aku kadang-kadang penakut... kadang-kadang je laaa. so, kena la pakai, supaya nampak gelap gelita, tak takut la.. hee


yang paling tak boleh bellaaa. 4.000 flat tuu. rasa kelakar lak. hehe. tapi sume ni dah tak de dah. huu rindu gileee. dah tak boleh sembang-sembang malam-malam sampai masing-masing tertido. dah tak boleh nak mengadu domba ape-ape lagi. duduk 3 tahun dengan kawan-kawan saat yang paling terindah. huu


nanti aku nak wat special entry pasal korang :) sebab rindu gegileee. hmm. katil tuuu. rindu sangat gileee.sorri entry macam tahi. hee :)



Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Saturday, June 18, 2011

Sang Pemimpi

1 suka komen


assalamualaikum ^^


Arai, Ikal, Jimbron
movie title Sang Pemimpi . Sebuah movie dari Indonesia yang juga dekat di hati rakyat Malaysia, Melayu khususnya.bila dah tengok movie ni baru tahu rupanya kawasan Belitung Indonesia tuu dulunya kawasan dipenuhi kaum Melayu . tu yang menarikk tuu. ingat Melayu kat Malaysia je ker ?


Sang Pemimpi adalah sekuel movie Laskar Pelangi .Laskar Pelangi dan Sang Pemimpi dua-dua karya hebat dari seorang novelis, Andrea Hirata. Laskar Pelangi 2008, Sang Pemimpi 2009.


kalau korang tengok Laskar Pelangi, yang cerita pasal anak-anak miskin di sudut kampung Indonesia mengharungi cabaran dan rintangan untuk menimba ilmu demi masa hadapan dan nasib  yang lebih baik dari ibu bapa mereka.


Cerita tentang watak utama yang ade Ikal, Lintang. ingat tak ?well, cerita ni dah lame keluar kott. cuma aku je baru tengok. haha. mane tau, astro tuu baru nak tayang. hee :) this movie officially hv been released on 2009 .
Filem ni jugak dapat penghormatan sebagai filem pembuka pada festival filem Anak dan Remaja yang ke-50 di Kota Zlin, Cekoslowakia. source from : kapanlagi.com


kenapa korang kena tengok cerita ni ? ye. wajib tengok. aku bagi filem ni 10 bintang. hehe. ok, standard 5 bintang la. full aku bagi.sebab cerita ni sarat dengan adegan yang real, yang memang setiap pelajar yang susah, mesti akan rasa. nak survive dengan hidup, masalah nak study, masalah sebagai remaja, cinta pun ade, tapi paling penting persahabatan dan nilai brotherhood tuu.


Watak Utama :

Ikal : pemuda miskin yang dah jadi down sejak bestfriend die, Lintang tiada. Lintang dapat korang tengok dalam Laskar Pelangi.Arai ni rambut die kerinting, macam hafiz awan nano nano nano nano tuu. hee. Ikal ni memang pandai kat sekolah, tapi agak pendiam .

Arai : arai ni lagi sedih. dia tinggal sebatang kara lepas ayah meninggal. dah la rumah kat hutan nun. Arai sepupu dengan Ikal, so, ayah Ikal ambil Arai untuk duduk dengan diorang. Arai ni watak bila dah besar dilankonkan oleh Ariel Peterpan .


Director: Riri Riza
Writer(s): Salman Aristo, Mira LesmanaCast: Lukman Sardi, Mathias Muchus, Nugie, Landung Simatupang, Rieke Dyah Pitaloka, Yayu Unru, Vikri Septiawan, Rendy Ahmad, Azwir Fitrianto, Jay Wijayanto, Nazril IrhamRelease Date: Agustus 21, 2009Country: IndonesiaDistributor: Miles Film, Mizan ProductionsOfficial Site: Not AvailableGenre: HorrorRating: Not AvailableLength: 128 mins
source from :  thebestmoviereview

jom tengok trailer dieee

tu je la kottt. kesimpulannnya. cite ni memang bezzzz !!tengok tauuu :)



Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

made with love by fiqaliqa