assalamualaikum ^^
salam jumaat semua.semua orang nak cantik. orang yang tak normal je kot yang tak nak. cuma macam mana cantik tu di lihat yang membezakan. cantik tu subjektif. banyak makna, maksud dan olahan istilah cantik tu sendiri. so, setiap orang berbeza. setiap orang ada pendapat dan pandangan sendiri.
so, bagi aku, biarlah cantik luaran tuu seiring dengan cantik dalaman, iaitu cantik rohani, budi pekerti dan juga akhlak. kita harus bersyukur dengan ciptaan Allah s.w.t yang diberikan pada kita. jangan merungut, membandingkan kita dengan makhluk ciptaan-Nya yang lebih elok pada pandangan kita.
kerana, sesungguhnya, manusia itu adalah sebaik-baik ciptaan kan ? jadi, kat sini aku just nak kongsi doa yang boleh korang baca tatkala menatap cermin. ya, bagi perempuan macam aku, memang menatap dan membelek cermin satu kemestian.mungkin korang dah tau kot. tak pelah,mungkin akan jadi pelajaran yg baru.
rasa bukan perempuan je kalau tak tengok cermin. hehehe.doa ni dari masa kecik-kecik dulu dok tampal kat depan cermin sebab masa sekolah rendah dulu selalu beli buku Ana Muslim dan sticker doa Ana Muslim yang sekarang tah mana tah.sejak pindah randah,semua aset lama tak dapat dikesan.
doa ni aku selalu ingat sampai sekarang walaupun kadang-kadang lupa jugak nak amalkan. yang penting niat dalam hati pun dah ok kan ? abah kata Rasulullah s.a.w sendiri juga mengamalkan doa ni.
doa ni harus diamalkan dan dibaca ketika melihat wajah di cermin.
"Ya Allah, sebagaimana Engkau telah mengelokkan rupaku, maka elokkanlah juga akhlakku"
baginda juga bersabda, "Akhlak buruk akan merosakkan amal sebagaimana cuka merosakkan madu"
baca ni :
Rasulullah s.a.w yg dijamin syurga pun selalu berdoa, jadi kenapa kita yang hina dan dina ni tak nak berdoa ? ayat ni sangat membuatkan aku rasa tersentap habis. terkenang betapa banyak dosa lalu. disebabkan kelalaian diri sendiri. :(
jadi, tu larh saja, memandangkan hari ni hari jumaat, maka entry pun islamik la, kita kan orang islam. ye dak ? cuba cek ic tuu. hee. jahat mana pun kita, agama tetap jadi panduan kan ?
semoga kita sentiasa berdoa dianugerahkan dengan kecantikan iman ~
terima kasih sudi baca :)
1 suka komen:
bersyukurlah dengan anugerah Allah.
Post a Comment