Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 29, 2013

Resepi Spaghetti Bolognese ala Chef Riz


Ape makanan italia yang senang nak buat dan sedap di makan ? alaaa. yang Chef Riz punye iklan tu. ahha. for me, spaghetti r the most easiest Italian dish. terutamanya bagi yang tak berapa terer nak masak memasak ni. hehhe. #speakformyself. 

apepun, yang membuat aku rasa semangat nak masak memasak ni sebab hari tu befday my mom. hehe. Ummi tersayang saya. hehe. so, macam nak buat suprise le konon kan. ahha. padahal, siang siang ummi dah tahu. sebab dah aku ajak ummi pegi beli barang barang skali. hehe.tapi tak pe, usaha itu nampak dah. haha

So, here we go, the ingredient / Bahan-bahannya :


Minced Beef / Daging hancur Ramly buger, ada dalam paket siap. 
satu paket tu ada 4 keping, bila die lembut, terus jadi hancur-hancur, kalau yang suka makan daging banyak, bolehla guna banyak, kalau tak suka sangat, letak la sikit je. ikut kesesuaian dan citarasa anda la ye.


tomato dipotong dadu, capsicum/lada benggala merah dan hijau. 
capsicum ini bagi menambahkan lagi rasa itali tu. hehe




main ingredient, Sos Spagetti Prego, guna yang ni, Tomato, Selasih & Bawang Putih. 
sebab yang ni tak masam sangat. lebih tekak melayu. hehe
jangan risau, Halal gituuu.

plus : bawang putih, bawang merah,garam,gula dan black pepper sos (kalau suka).


Cara- caranya :

Spagetti : 
  1. Didihkan air dalam periuk, tambah sedikit minyak masak, supaya spagetti tak melekat lekat.
  2. Bila air dah mendidih, masukkan spagetti dan sedikit garam.
  3. Rebus dalam 10-15 minit, sampai lembut. 
  4. Agak agak dah lembut tu, toskan dan boleh dihidangkan.


Sos Bolognese :
  1. Tuangkan sedikit minyak dalam periuk, panaskan minyak, kemudian tumis bawang putih dan bawang merah. minyak letak sikit je tau.
  2. Kemudian, masukkan daging hancur. Masak sampai daging keluar minyak atau hilang kemerak-merahan dia tu.
  3. Lepas tu, masukkan cili benggala, dan tomato. kacau bahan bahan tu sampai sebati dan naik bau dia.
  4. Masa yang ditunggu telah tiba, masukkan sos prego ala chef riz ke dalam periuk tersebut. masak sehingga mendidih, bolehlah bubuh sedikit garam, gula dan sos black pepper mengikut cita rasa anda ye. 
  5. Taraaaaaaaa. sekelip mata, perut anda boleh diisi dengan spagetti ala Chef Riz mcm dalam tv tu. aha. 




setakat ni saya rasa sedap la. hehe. cuba la. sangat instant ok. xpayah nak kusut-kusut sangat. campak campak je peah. 

bak kata orang, perempuan ni, kalau dah ke dapur, x reti masak pun, automatik jadi reti. skill semulajadi tauuu. tak caye, g tryyy. hehe


ni lah dia, Spaghetti Bolognese Ala Chef Riz. hehe ;p

cuba la ye :)





Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

14 suka komen:

Unknown said... Reply to comment

i'm spaghetti lover, arghhhh!! memang sdp sngt.. buat saya nak mkn skrg jugak..

fiqaliqa said... Reply to comment

@Fifi Zaffida kann. sedapppp. hee

Akma said... Reply to comment

jemput join GA ni http://missikushi.blogspot.com/2013/04/1st-giveaway-by-izah-ecah.html :)

Anonymous said... Reply to comment

1 tin sos prego ckup utk 5 org makan x?

fiqaliqa said... Reply to comment

@Rezatul Akma

insyaAllah kalau sempat join lg. hehe. thanks jemput ye :)

fiqaliqa said... Reply to comment

@Anonymous

cukup :) sy buat 1 tin cukup 6-7 org makan :)

Anonymous said... Reply to comment

Hubby nk makan spgeti pulak mlm ni. Menggelupur cari resepi. Skali tgk resepi awak senang.. nk try buat. Hehe

Anonymous said... Reply to comment

salam....
pg td saya try masak follow resipi ni tuk jamuan makan kawan2 suami saya di tempat kerjanya...td dia balik bawa bekas kosong...licin....sedap kata kawan2nye...huhu...

fiqaliqa said... Reply to comment

@Anonymous

wahhh ! happy to hear that :) thank you sis :) sudi cuba resepi main main ni. hehhe

Unknown said... Reply to comment

Nampa mudah Dan yummy.. mesti Cuba... main masak2

www.mnmforlife.blogspot.com

fiqaliqa said... Reply to comment

@radz kaber

cuba cuba ! hehe

a.k.u.d.a.n.k.e.h.i.d.u.p.a.n said... Reply to comment

Xde letak air ea

a.k.u.d.a.n.k.e.h.i.d.u.p.a.n said... Reply to comment

Xde letak air ea

Unknown said... Reply to comment

nice

made with love by fiqaliqa