Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 31, 2011

Kerja kat 7-E berdosa ?




assalamualaikum ^^


hye semua. aku sekarang ada satu kemusykilan. ramai dah kawan-kawan yang ada kemusykilan yang same.sebagai muslim, kita semua tahu kan arak tu haram untuk diminum. berdosa besar.


tapi apa pulak hukumnya kalau kerja dekat tempat yang ada arak? misalnya kita kena kena susun botol-botol arak tuu , pegang botol-botol arak tu untuk di letak dalam plastik nak bagi customer lepas bayar semua, dosa tak ? caner ea ?


situasi macam ni semua banyak yang jadi kat kedai paling femes untuk remaja cari keje samaada full time atau part time .adakah berdosa ?


dulu penah tanya abah, so abah cakap kalau boleh elakkan la. sebab kita macam bersubahat pulak mengedarkan benda haram. berdosa la jugak kalau bersubahat-bersubahat ni kan ?


so, dua hari lepas, kawan aku tanya, die rasa nak benti keje lepas tu nak keje kat 7-e.sebab gaji kat situ lagi banyak boleh dapat. tapi die mintak la pandangan aku macam mana. aku pun bg tau apa yang aku tahu. tapi macam tak de alasan kukuh.


huu. aku pun bukan arif sangat benda-benda ni. kadang-kadang rasa jahil jugak. huu. dulu belajar time sekolah agama sampai amek PSRA, tapi tu darjah 6. mana ingat dah skunk.


so, kalau ada sesiapa yang tahu , inform ye, dengan alasan sekali. senang nanti nak explain kat kawan tuu. sebab kalau betul berdosa, tak kan nak biarkan kawan kita berdosa kan ?


tolong yee. nak tanye ustazah atau ustaz, sekarang dah sibuk keje. tak sempat nak tanye.nak search internet masa pun tak de.huu. tolong yee -.-'





Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

2 suka komen:

Rai said... Reply to comment

Yang menjual, membawa, tolong tuang, tolong angkat..semua yg berkaitan dengan arak tu haram.. so kalau boleh kerja la tempat yg tak berkaitan dengan arak.tapi make sure da dapat kerja lain dulu baru berenti. Nanti susah pulak..

fiqaliqa said... Reply to comment

oh. terima kasih ye. hukumnya sama macam minum arak jgak la ea?

made with love by fiqaliqa