Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 10, 2011

Meneroka Gua


meneroka gua. ini gua betul ye, bukan gua hidung ke atau ape, tapi ini real punye ok ?
ini sebahagian dari aktiviti masa mendaki gunung Stong masa 3-7 FEB yang lepas. huu
Ada 3 gua yang kami masuk ,
GUA KERIS, GUA GELAP dan GUA PAGAR.


GUA GELAP.
gua yang mula mula kami masuk ialah gua gelap. nama ni x sure la sebab x dengar sgt masa abagng kelate tu ckp. haha
yela, nerves campur takut sume la. bermacam rasa tau.
1st time nih nak masuk gua takut la kot sesat ke ape ke kan?


masuk masuk je dah kena meredah semak samun. lecah. + pacat ! uhuuuuu
tapi nasib kaki aku x kena serangan pacat. darah x sedap kot. hahaha bagus gak kan darah x sedap nih ? haha
* pacat pun ada taste tau .hampeh jew



ni signboard GUA IKAN

tapi rasanya x sempat masuk yang ni huhu


ni laluan nak masuk dalam tiga tiga gua tu tau -.-


meredah semak samun sebelum masuk

dalam gua gelap nak ke gua keris itu sangat adventure. sebabnya kena merangkak dalam laluan yang ada lubang air .kepala memang kena tunduk habis sebab atas kepala kita ada batu stalagtit stalagmite tuuu
tau kan ? batu yang memang ada lam gua tu ? tau kan ? belajar geografi mesti tau :) hehe
bayangkan la, badan semua peserta ada yang besar. caner tu ?
laluan lubang tu mmg sempit sebab abang guider tu kena gali lubang tu bagi lebih ruang untuk mereka yang besar sikit. mencabar kan ? dah la dalam gelap, kena menggali plak.


tp abang abang guider tu dah pro, dorang dah biasa keje dalam situasi macam ni. terer r. respek tau ! :)
tgk tu . nak berposing pun payah. haha

memang sangat sempit 
sebelum sampai kat tengah tengah gua
dasyattttttt

lepas meredah gelap gelita yang hanya berbekalkan lampu suluh dan meredah air lecah serta laluan lubang kecil yang mencabar kewanitaan ini, akhirnya sampai la ke gua yang kedua, iaitu GUA KERIS.


GUA KERIS.
Gua ni dinamakan gua keris sebab kat tengah tengah gua ada sebentuk batu gua yang bentukya sangat serupa dengan bentuk keris. wahhh gitu plak kan. tapi memang bentuknya jelas dan terang. kalau yang x nampak tu x tau la. kena bertapa lam gua tu dulu kot.hehe men jew ...sampai gua keris ni baru la nampak cahaya matahari. memang sangat indah citaan tuhan tau. 


ni dalam gua keris. kepenatan wooo
berminyak plus mandi lecah la jawabnye. huu




GUA PAGAR.
okey, ni gua yang terakhir sebelum kembali meredah hutan mencari jalan keluar semula.hoyeh !! gua pagar ni dinamakan gua pagar juga disebabkan ada stalagtit stalagmite yang berbentuk macam pagar. 


mengikut kata guider tu, ada mitos mengatakan pagar ini kononya macam pagar kat istana dulu-dulu. so kira memprotectkan la. dasyattttt.semasa lam gua ni pun kami terlebih dulu diingatkan supaya menjaga mulut dan tingkah laku masing masing supaya x mengganggu apa apa saje makhluk dalam gua tuuuu, mana la tau kan ? bukan tempat kita, tempat orang


so, jaga jaga la sikit kan ? dalam gua pagar ni ada banyak batu batu yang hidup. batu hidup ni bau yang masih membesar. mengeluarkan cecair. kami di beri amaran supaya tidak sesekali menyentuh batu batu tu sebab nanti ia akan mati. huh. aku pun mula mula blur. ade ke batu hidup ke mati. rupanya maksud die batu tu xakan tumbuh lagi. tak akan membesar lagi. rupa batu tu bersinar, putih dan lembap sebab ada cecair yang mengalir. jari manusia mampu memusnahkan batu tu sebab ada asid kat jari jari kita ni tau ,


laluan tiga tiga gua ni memang adventure dan sesiapa yang memang sukakan cabaran, mesti akan rasa nak buat lagi. haha sedangkan aku yang dulu asik meghadap lappy 24 jam, terus sukakan aktiviti lasak plak. dari yang asik membelek fesyen kat internet tukar cari sal aktiviti ekstrem. haha. tapi x la tukar 100% kot... haha



sempat syok sendiri :)


akhir sekali, terimalah muke seposen aku haha

penat tak terkira weyh !!



thanx sudi baca :)


Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

4 suka komen:

Nizam Aziz said... Reply to comment

bestnyerr..tiba - tiba rasa macam nak tengok cite movie the sanctum bila tengok anda masok gua.hehe :)

fiqaliqa said... Reply to comment

hehe bez bez . :) rasa nak pegi lg jer. haha

Syed Hilmi Syed Yahya said... Reply to comment

jom g kelantan....

fiqaliqa said... Reply to comment

bile syed

made with love by fiqaliqa