Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 28, 2011

sambal belacan, cencalok, budu?



assalamualaikum ^^


memang sekarang aku tengah lapar. haha. dan ye, aku mengidam nak makan semua makanan kat atas tuuu. huu. sedapnyeeee. kecur air liur beb ! sebagai orang melayu kampung, memang aku tak malu la nak kate yang aku memang makan pun belacan, budu dan cencalok niii. tapi aku rasa aku tak cukup melayu lagi sebab tempoyak aku tak berani cuba lagi. tak tahu kenapa. tapi kalau durian aku melantak tak ingat dunia. hee :) sampai panas-panas badan.

tempoyak. 

aku rasa bersyukur sangat sebab dilahirkan di Malaysia dan dapat merasa nikmatnya makanan-makanan ni. cuba korang tengok pelancong-pelancong tuu, datang jauh-jauh semata-mata nak rasa penangan durian ori kat Malaysia ni haa.chef wan pun wat show masak kat luar negara masak makanan Malaysia gak, siap ade buh tempoyak g tuuu tau.ha, kan untung jadi warganegara ? hee. patriotik la konon.aku rasa orang yang tak suke durian tu rugi sebab durian sedap la weyh. rugi-rugi. kalau korang tak suke bau die, tutup je la hidung time nak makan tuu. hehe. dah, cerita pasal durian plak kan.


okey, apa tu belacan ? ataupun sambal belacan. penah makan ? ini biasa la kalau dalam masakan pun selalu masukkan belacan. well, aku tak la pandai masak kan. tapi aku tahu la sikit-sikit.hee :) sambal belacan ni sedap wooo. rasa pedas-pedas, selalu makan dengan ulam atau bila ada lauk lemak. perghhh. terbaik laa.

sambal belacan dengan ikan masin. pic from google

okey, perut memang berkeroncong sekarang. hee. yang kedua, cencalok. haa. kalau kat Melaka memang berlambak kott jual kat gerai-gerai along the road. cewahh. cencalok ni daripada udang kering haluss tu. tapi aku tak tahu la ape lagi ingredients kat dalam tuu, tapi memang rasa awesome. haha. tahu caner tu ? rasa die macam manis-manis, masin-masin, pastu cam lemak sikit. tah la,memang bez. dulu masa kat hostel aku start makan cencalok ni. yang ni, bau diee, memang menusuk. tapi kalau dah makan, ok je sebenarnya.

this is cencalok ye kawan-kawan
pergh. sedap gile buh bawang, cili . huu. sedap wooo

roommates aku ada orang Melaka, so senang dapat bekalan. kalau sambal belacan tuu, boleh dapat kat kafe kolej jer.. sambal belacan common la. kalau cencalok ni ade yang kadang-kadang tak dapat terima. biasalah, orang-orang bandar nii, kadang-kadang tak faham. dorang selalu persoalkan, 


kenapa korang suke makan makanan yang fermented ni ? yang diperam ni ? kan macam busuk jeee. means korang makan makanan busuk la. cuba la makan pasta ke, bolognese ke. cheese ke. hmm.


pada aku, bila dorang persoalkan maca tu, aku diam je, dah kate sedap, tak caye, lantak kaw larh. selera masing-masing, oh.yeah, mungkin kaw membesar dikelilingi salji , sejuk, kitorang ni dalam hujan, panas kann. so, tekak pun dah berubah. everyone's different.


penah satu masa tu kitorang beramai-ramai ( geng-geng yang makan cara kampung ni ) di ruang tamu rumah sewa, masing-masing tengah seronok menjamah cencalok fresh dari Melaka, then, tiba-tiba ada plak housemates yang muncul dari dalam kamar beradu diee...bersuara, eh, apa yang busuk niiii. sedangkan kami tengah duduk, dah nak habis makan dah punn.then, kitorang buat tak tahu, tapi die terus tanye lagi, ehhh, korang tak bauuu ker ? macam bau sampah laaa.


hamboi sister ! tak de adab betul mulut die. eh eh. kunk makan kaki jugak ni. masa tu masing-masing dah naik angin, then, jadi la drama sikit. haha. yela, kalau tak tahu pun, tak leh ke nada tu sopan sikit ? tentu lah kitorang faham kalau die cakap elok sikit. ni takkk. maen nak maki jee. sape tak hangen ? padan ah muke kena pulau. bukan kitorang nak paksa kaw terima cara kami yang kampung sangat di mata mu ituu. tapi, cuba   tolerate sikit. tengah makan kottt. adab tak de kerrr ? -.-'


haish. tak habis lagi cerita sal makanan, teringat plak cite sister kuang asam tuu. hmm. okeylah, budu plak. budu ni asal terengganu kan ? aku start makan budu masa kat hostel jugak. hee. yela, kalau kat rumah, dah tentu la tak payah nak beli kat luar, masakan mak yang terbaek kan.


aku beli nasi kerabu masa tu. nasi kerabu ke nasi dagang tah. aku rasa nasi kerabu. kan ade letak budu. mula-mula takut nak makan, sebab macam pedas sangat jerr. kunk ade yang bertapa dalam toilet lak. huu. tapi kawan aku kata, tak guna la makan nasi kerabu tak de budu. budu tu yang pentinggg. perghh. tak guna die kate, so, aku try laa. hmmm. memang pedasssss. berasap telinga. tapi sedap. hee. siyes sedap.

ni pulak budu yeee :)

akhir kata, selagi kita hidup ni, dan selagi time muda ni, makan je la ape yang korang rasa nak makan, kunk kalau dah tua banyak plak komplikasi. dah susah. telan jee. rugi tau kalau tak try. mane nak tahu suka ke takk. kan kan ? k daaa. jom lunch !

all pic from google images :)


Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

4 suka komen:

nurAMALLINA said... Reply to comment

Ya Allah sedapnyaaa! Lapar!

fiqaliqa said... Reply to comment

lapar kan ? jom jom makan. hee

syufaa said... Reply to comment

aaaa..lapo!
syufa plg suka cencalok ngn belacan!
nyummmm! :D

fiqaliqa said... Reply to comment

hee. cencalok sedap kan ? nyum nyum nyum. pos la cencalok bg fiqa.hee

made with love by fiqaliqa