Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, July 4, 2011

cinta monyet aku yg paling beruk


yeah. hari ni hari isnin. hari ni off dayyy. yeahhh. seronok betulll tak yah g kerja. hehe.korang keje ke ? kalau government mesti keje kan kan .


okeylah, pagi ni tiba-tiba aku teringat zaman cinta monyet dulu kala. ala, semua pun mesti ada pengalaman cinta monyet kan ? okeylah, tak semua, cuma budak-budak noob dan malas belajar macam aku je. hee. budak-budak skema tak de mase nak pk mcm ni.


cinta monyet aku yg pertama zaman sekolah rendah. ahahaha.zaman 90-an nak amek UPSR. ahahaha. zaman ni aku kira mcm budak harapan cikgu la jugak. sebab nampak rajin dan cerdik. then banyak la tuisyen muisyen dan kelas tambahan yang aku kena pergi. tambah sesak lagi ibu-ibu zaman 90-an ni memang take serius punya result UPSR anak-anak jiran, anak-anak sedare, biasalahhhh...


tapi dalam banyak-banyak kelas tuisyen, aku suke kelas sains. tah, macam bez je. budak-budak pun sikit. nak cuci mata pun senang.tambah-tambah budak yang aku suke tu ade lak lam kelas tuuu. die ni macam nerd. mungkin masa tu ciri-ciri tu yang aku sukee. ahahaha. cam sengal je ~


penah sekali, kelas malam,cikgu dok mengajar beriya kat depan, aku dok menulis surat cinta. hahaha. hampeh kan ? panjang berjela aku tulis. tah hape lah merapu. konon-konon malam tu gak aku nak luahkan kat dieee. gila tol. dah la budak2. dah nak jadi perigi cari timba. tak malu tolll.


tetapiii. apakan daya... hasrat tak kesampaian. korang nak tahu sebab ape ? sebab time nak balik tuuu aku nampak die sembang ngan budak pompuan yang jauh lagi cun melecun meletop punya kalau nak bandingkan dengan aku, dengan budak-budak lain darjah enam tahun 90-an. ahahaha. so, aku pun patah hati. lagi-lagi bila nampak mamat pujaan hati tu menjeling bangga kat aku sebab die dapat la tunjuk die sembang ngan pompuan paling meletop tuu.


kuang asam tol. so, apa yang aku buat dengan surat cinta yg masih di tangan tuu ? cepat-cepat aku koyak, buang lam longkang. bersama-sama impian bercintan cintun dengan budak lelaki tuu. hancur berkecai hati. hahahaha. gila punya scene. macam drama lak kan.


itulah cinta monyet aku yang paling beruk. sebab apa ? sebab tak sempat nak bercinta dah berkecai. ahahaha. tapi ada hikmahnya, aku dah tak dok cuci mata time dalam kelas tapi terus fokus study sampai dapat result membanggakan masa UPSR. gila bangga masa tuu. hee. tapi tu dulu, sekarang tah mana kepandaian aku pergi. haha. 


last but not least, jgn la cintan cintun masa darjah nam. ahaha :)

ini adalah 1st doodle aku. memang buruk.

doodle ni memang buruk. aku tak tahu la kenapa. tolong ajar boleh ? hehe. 


Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

2 suka komen:

:.hafsah harun.: said... Reply to comment

ehemmm2..cinta monyet plus babun ek..hehe...

Atiqah Rzk said... Reply to comment

hahaha.zaman dulu2 era 90an. sama la off hari isnin jugak. hihi

made with love by fiqaliqa