Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 22, 2011

Merapatkan Silaturrahim


sempena bulan shawal ni, ataupun nama alternatif dia bulan raya ni, salah satu agenda wajib ialah menziarah sanak saudara kan. dengan tujuan merapatkan silaturrahim. tu lah tujuan utama. ya ya, aku tahu tujuan selain tu. untuk melantak melahap kuih raya, lemang ketupat kan ? hehe. itu kedua, yang utama tetap utama. tak kan kalau rumah tu xdek sediakan makan minum ikut selera kita, kita nak blah. tak sopan la. ye dak ?

kami makan sate subang beb ! hehe
aku tak pernah la lagi buat macam tu. dan aku percaya la kamu kamu semua pun, xdek la perangai kurang sopan macam tu kan ? ya, kalau rasa penah buat, insaf insaf la cepat. tak baik weyh. niat dah laen tuu.kalau ye pun, agak-agak la kan. makan dan minum je la apa yang dihidang tuan rumah. setakat ni, tak pernah la pulak aku jumpa tuan rumah yang buat dek je kalau orang nak datang beraya.alhamdullilah

hari ni je dah hari ke 22 raya kan ? korang masih berziarah lagi tak ? raya kan sebulan. ni lah masanya nak merapatkan silaturrahim tu. tapi jangan pulak bulan ni je ziarah menziarahi tu. setiap hari setiap masa pun boleh. sebab salah satu tips nak murah rezeki ialah dengan sentiasa bersilaturrahim dan mengembangkan silaturrahim tu. bak pepatah melayu, bercinta biar satu, berkawan biar seribu. ye dak ? 

lagi tambah meriah sekarang ni ramai orang yang pilih nak buat rumah terbuka.ha, kan senang, datang je, dah konfem konfem banyak makanan. banyak sedara mara. yang dah lama tak jumpa, boleh jumpa time tu kan. tuan rumah pun senang, sekali je ramai terus datang rumah. tapi pada yang mampu la, yang tak mampu tak wajib pun. sekadar meriahkan raya dan bersedekah .

ha, cerita pasal raya dan rumah terbuka ni, baru je beberapa hari lepas aku g rumah terbuka gak,anjuran sepupu dan makcik sedara yang comel dan baik hati. walaupun sampai agak lambat oleh sebab hal hal tertentu, tapi berjaya gak datang. hehe  itu lebih penting.tak boleh lepaskan peluang. ini lah masanya nak tambah lemak lebih kan. bila lagi , ye dak?  meriah gila tau, siap ada sesi photoshoot lagi tu dengan makcik-makcik, nenek , sepupu, anak-anak buah. haii. kecoh dewan tu jadinya. tapi fun gila. hee.bayangkan la. budak-budak nak buat sign peace la, tanduk la, mane la makcik-makcik nak berkenan. diorang nak style formal.haha.

kenyang sampai tak reti senyum properly. haha



nak publish banyak gambar-gambar masa hari tu, tapi rasanya nenek dan makcik-makcik aku tak suka publisiti. hehe. aku je yang suke. sikit laaa. hehe. ok, boo sama aku. okeylah, tu je kot. lastly, selamat berhari raya, raya kan sebulannnn :)) 

pic credits to my sis :)


Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

4 suka komen:

C i k P i p i T e m b a m said... Reply to comment

auww ! comeyy . best kan . kita dh stop beraya dhh , haha

MAY said... Reply to comment

esok ade open house opis..nak mkn byk2... ^^

fiqaliqa said... Reply to comment

@C i k P i p i T e m b a m

hehe. ala, belom dgt umah fiqa lg ni , hehe

fiqaliqa said... Reply to comment

@CIK MAY

wah. bez bez. ada sate tak ? hehe

made with love by fiqaliqa