Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, July 16, 2011

Nisfu Syaaban, malam seribu keampunan


Malam ni malam nisfu syabaan.Nisfu ertinya separuh, jadi malam nisfu syabaan ialah malam pada separuh bulan dalam bulan syabaan tu.Peristiwa malam nisfu syabaan ialah pada hari ke-15 dalam bulan syabaan pada tahun hijrah.


istimewanya malam nisfu syabaan ni ialah semua amalan kita akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran catatan yang baru setelah setahun berlalu.malam nisfu syabaan penuh berkat selain malam lailatur qadar tau. jadi, malam ni digalakkan dipenuhi dengan amalan-amalan yang baik.


adalah digalakkan jugak untuk bangun malam, berjaga dan beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan di angkat ketika dalam keadaan tidur dan lalai.mudah-mudahan kita mampu la.


dan sempena nak buka catatan dosa dan pahala yang baru, dengan ini,saya ingin meminta maaf jika ada terkasar bahasa sepanjang menulis entry-entry di dalam blog ini.jika ada yang terasa hati atau tersinggung, saya minta maaf sekali lagi, sesungguhnya jika ada entry yang emo-emo tu, semuanya ditaip ketika dalam keadaan marah.


saya akui, itu kesalahan saya, yang buruk datang dari saya, yang baik hanya dari-Nya :)




Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

0 suka komen:

made with love by fiqaliqa