Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Wednesday, February 29, 2012

What Im Doing Rite Now

7 suka komen

hai, saya tuan blog. in case kamu kamu dh lupa. hehe :)

Its been a while im not updating any stories here. oh. poor my blog. ya,hr ni special day kan ? 29 FEBRUARY 2012. its leap year. Happy Befday la sape2 yg sambut befday hari ni.hehe. oleh sebab tu la, aku pun nak jgk ada entry di hari yg special ni. hehe. 

newayy, sebenarnya skrg ni aku tgh tunggu masa je nak masuk U. hehe, Alhamdullilah, ada rezeki dapat sambung belajar, memang cita-cita aku nak ada degree sebelum aku kawen. hee.tak lah. at least sebelum aku umur 28 tahun , U mana ? UITM :) hee.

walaupun sadly to say yg UITM kdg2 jd pilihan terakhir ramai membe membe aku, kdg2 aku jgk.huhu. tp, tgk lah, situ jgk rezeki aku. hee :) syukur sangat-sangat, asalkan dapat masuk U ! hee :) aku rasa, biarlah selagi muda ni kalau nak belajar, lagi-lagi perempuan, nanti kalau dah kawen ke, dah berfamily la, aku tak rasa aku nak belajar lagi time tu. masa berfamily adalah untuk family, nanti takut kurang kasih sayang plak anak anak aku. hee.

in case la ive been given a chance futher study kat oversea ke, mmg aku amek la. hahhah. dengan anak-anak aku angkut. hahhahah. amboi. panjang cita-cita ye dakk. tu lah, lama dah tak membebel. hehe. ha, sape-sape yg baru nak masuk UITM Shah Alam, leh la hello hello, mana tahu, satu kos. hehe :) so, whtim doing rite now ialah menunggu hari nak memulakan life as a student back :) pray for me. semoga rajin-rajin study :) hee


cant wait !



Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Wednesday, January 11, 2012

WW #1 Solat Di Mana Saja

2 suka komen

Telah dijadikan bumi untukku menjadi alat bersuci dan tempat bersujud. Kerana itu hendaklah seseorang di antara kamu solat di mana sahaja ia dapat.

baca lanjut, > klik sini <

pic credit to : here



Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Monday, August 15, 2011

Hectic Me .

4 suka komen

orang lain sabtu ahad masa bersuka ria, enjoy duduk rumah , lepas sahur boleh tido sampai tengahari layan bantal busuk, syoknya ! tilam yang empukk lg enak, adeyyhh.
wahhh. aku nak jugakkkk.

tapi aku sabtu ahad terpaksa kerja, lebih mensadiskan lagi, 
hari yang befday sendiri pun kena kerja. huu. 
penat woooo. weekend adalah time kerja yang paling memenatkan.
yelah, dah keje kat mall,mane tak penattt. huwaaa.
 org ramai dtg konfem la nak shopink time weekend kan ? huu
 
aku berkerja keras macam nak timbul muscle-muscle. ahaha


bayangkan la, satu cutomer, nak try beribu baju, beribu baju tu plak, tak semestinya semua ada kat kaunter, yang kat dalam stor tu haaa. aishhh. dah kena menyelongkar lak tuuu. lagi-lagi kalau die nak try baju yang stok die dalam kotak berat nak mam*** . haiii. lagi-lagi bulan puasa ni, rasa nak pengsan eden. 
 
  pastu dah penat den mencari kan die punya saiz sume, 
boleh plak maen belahhh jerrrr. 
arghhh. customer mcm ni pun ada?? grrr. masak kunk,  tahu laaa.


so, wahai anda-anda sekalian, 
tolonglah, masa bershopink tuuu, 
prihatin sedikit pada kami yang melayan anda ni. 
bulan puasa derrr, agak-agak laaa
 
memang la itu kerja kitorang, tapi bukan anda sorang jer customernyaaa. 
tolonglah sabar sebab kitorang bukan robot. huwaaa.


kalau boleh, aku pun nak superpower,macam supermakkk, terbang terus nak amek stok ke hulur kehilir. 


tapi nak buat mcm mane, 
aku hanya seorang gadis comel sopan santun dan suke perasan. 
haha. 
tak de superpower langsung,
 walaupun muscle agak-agak nak naik dah ni.ahahha.


hari ni aku dah 21 tahun dan 3 hari, ecewahhh :) 
sebabkan aku sibuk sangat kerja,
just makan kek kat umah je la, dengan cekodok fevret aku sambil tengok badminton. 
uhh. btw, chong wei jgn sedih kalah yeee. 
i will always uuu. 
hee :)



Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Thursday, August 4, 2011

Cinta Platonik

2 suka komen

nak dengar al-kisah tak ? okey, tak yah dengar, baca jer :) hee. pd satu masa dulu ~ cewahh. hee. ( efek cerita dongeng ) ada seorang budak perempuan yg agak pemalu kononla tapi akan x berhenti bercakap bila mula bercakap , serupa mulut murai dan seorang lelaki yg juga pemalu. ini pemalu betul , ( bukan mcm budak perempuan tu ) dan sgt komited utk mengejar cita-cita.lelaki ini tidak ada perkataan bercinta ketika study dalam dirinya.


mereka berkawan rapat, macam orang lain, kawan sahaja. best friends . tapi.. ya, u know,adam dan hawa memang akan tertarik dan menarik antara satu sama lain kan ? mcm tu jugak la dgn dorang berdua ni,  lama kelamaan mula timbul perasaan lain. perasaan ketiga, nak lebih sekadar kawan. tapi, ya, lelaki itu sgt tegas pendirian and saying belajar dulu, baru bercinta. baik bukan ?


oh. budak perempuan tu terpampan. hubungan kawan jadi semakin renggang. kesian bukan ? mungkin dia mahu memiliki lelaki itu lebih sekadar kawan. belajar mungkin lebih bersemangat bila hubungan tu tambah satu tahap lagi. hmm.tapi dia silap.



tapi, masa menentukan segalanya, setelah bertahun-tahun walaupun tak seperti dulu , mereka masih berkawan. melupakan masalah cinta yang wujud dalam satu pihak ,dan terus berkawan sahaja. happy ending :)


okey. im not a good story teller. hahaa.



pada aku , bila orang bertanya, wujud ke cinta macam ni ? aku percaya. aku percaya cinta platonik tu wujud. hubungan antara dua manusia yang walaupun berlainan jantina, yang memang lumrah alam akan saling tertarik dan menarik antara satu sama lain, tetap juga akan jadi seperti biasa, tetap berkawan. just kawan. interesting kan hubungan ni ?korang ada tak pengalaman mcm ni ?


 to be continued ~


friends only :)

Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Sunday, July 31, 2011

Respect Ramadhan

0 suka komen

ramadhan esok. yeah .sama-sama la kita menyambut kekasih hati yang setahun sekali je tiba.excited kan ? nak bangun pagi-pagi sahur, nak pegi bazar beli juadah buka puasa, atau masak sendiri kat rumah . wah. bez-bez.


so sempena ramadhan, banyak iklan-iklan kat tb pun dah stat dah. salah satunya, sempena bulan yang mulia ni, kempen hormat Ramadhan.macam mana cara kita nak hormat bulan Ramadhan ni ? 


even u r not muslim and not fasting, please do respect ya :) simple ways to do so :

  • don't wear tight to the bazaar Ramadhan. simple kan ? wear properly larh, for sure u dont want everybody staring at you, well yeah, its Ramadhan. bulan yang paling mulia, please respect.

  • don't eat in front of fasting people :)

  • save your gossips for a while. hee. stop la gossip2 ni. kurang pahala puasa nanti.

okay ? happy fasting people :)




p/s : peluang baik nak stop smoking ni tauuu. good luck ! lagi satu, elok larh tak free hair masa bulan yang mulia ni, untung lagi kalau terus pakai tudung selama-lamanya :)


Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Friday, July 29, 2011

'Wanita' Spicy

0 suka komen

okey. korang tahu kan gejala wanita-wanita spicy yang makin lama makin melambak-lambak, merebak-rebak sekarang ni ? spicy ? means tak original larh.memang dah lama dah kan gejala sosial yg satu ni ada kat Malaysia, tapi sekarang ni makin popular, sebabnya, dorang selalu keluar paper sebab macam-macam isu yang dorang nak. 


kadang-kadang kesian. ya, mereka menentang arus. so, banyak la rintangan kan. nak buat mcm mane, dah tu pilihan dorang.


sebelum ni aku ingat golongan ni boleh dibezakan dengan wanita asli. tapi silap. sekarang ni, dah dasyat sangat dorang punya perubahan weyh. aku pun tertipu.


seriyes aku tertipu.macam ni, kan dah keje aku serve customer, satu hari tu, dari jauh lagi aku dah nampak dua Hamba Allah ni, seorang pakai tudung, seorang free hair, kaler perang. hmm. ingat omputih ke nak kaler rambut ?erk ~


aku buat bodo je la, yela, dah macam biasa je dorang ni, apa yang lainnya ? tiba-tiba dorang beralih kat kaunter aku. wangi beb ! seriyes ! cun lak tuu. tapi bila dia keluar kan je suara emas tu ! okey sah ! spicy, tak ori !

spicy  ke ori ?
aku jadi takut. haha. tak semena-mena kan ? haha. nebes kott. 1st time kena being friendly tapi tak ikhlas. ahahaha. dorang memang friendly weyh, sembang lama kottt. aku rasa kalau dorang ni lelaki tulen, mesti aku dah jatuh hati, dan sure lah muka dorang hensem ala aaron aziz. ahaha. malangnyaaaaa.... spicy !

our loved Fatin Liyana, for sure ori :)

lihat, sudah semestinya yang ori lagi cun kan ? ahaha. dah-dah la jadi dua alam ni. lelaki sekarang dah sikit. tolonglah weyh ! im begging u guys ! stop pretending .its a sin. u know, but u act like u dont know. ke tak takut azab bang oiii ? hmm. 


eh eh, picture ni mcm related plak, gojes FL mcm cakap, Lu pikir La Sendiri ! ahaha.

Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Wednesday, July 20, 2011

Keputusan Penting

2 suka komen

apa korang nak buat kalau korang ada dua pilihan jer. dua pilihan untuk menentukan masa depan.masa depan dan cita-cita. hmm. pening kan ? keliru. tak tahu ape yg patut di buat, x tahu yg mana patut dipilih. semua jadi tak tahu.


semua mesti inginkan peluang untuk sambung pelajaran kan? itu cita-cita saya. huu. tapi sekarang saya tak athu nak aplly di universiti yang mana. mintak universiti yg jauh-jauh luar semenanjung atau yang tak glemer sangat ? konfem dapat ker ? peluang mcm cerah.


tapi semua bergantung pada nasib. hmm. sy pun tak tahu. doakan ye. semoga sy dpt mengejar cita-cita ni. sy tak kisah kalau masuk u ape pun, janji sy dapat buat degree. huu. nak sgt. menuntut ilmu biar smpai negeri china kan ? tapi kalau lepas dalam negeri je pun okey.Alhamdullilah, bersyukur sangat-sangat tau . 


keputusan ni penting. jadi sy memang kena buat keputusan yg bijak. pilih u yg mane. huu

    

wordless wednesday tiba2.
okey. korang pilih yang mana ?



Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Monday, July 18, 2011

Lagi-lagi isu bertudung .

0 suka komen

lagi-lagi isu bertudung. tadi bw, then jumpa blog ni, die share artikel di bawah ni, alasan-alasan bagi orang yang tak nak pakai tudung.sharing is caring rite ? so, saya pun nak share jugak sebab ramai yang tak nak pakai tudung salahkan kami yang pakai tudung atas kelakuan kami. sila baca :)


1.Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?


”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
"Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku"

Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? 

Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling. [1]


2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

"Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!"
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka? 

Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. 

Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik. Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi) [2]


3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

"Bertudung ni perlukan keikhlasan…"
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.

Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. 

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki. [3]


4. Menunggu seru untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi. [3]



anda bukan hipokrit jika baca sehingga habis.sebab anda ada kesedaran dalam diri, terutamanya bagi kaum hawa, memang kita tiada pilihan lain selain akur dengan apa yang di suruhNYA :) sama-samalah kita saling nasihat menasihati :)



di ambil dari :



lagi pasal tudung :


Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Sunday, July 17, 2011

siapa tak suka kalau FREE

1 suka komen

hye hyaip. hee.ha, sape yang suka barang free? sape pulak yg tak suke? hmm. logiknyaaaa, sape yang tak suke barang free kan ?aku pun suke jugeee. 


well, semalam aku dapat hadiah free.lepas join contest ni > KLIK SINI <  time nak join ni, aku maen-maen je. pastu punya pemalas, letak header blog ni je. hee. tiba-tiba ada rezeki, dan semalam aku dah dapat dah hadiah tu, shawl corak ala-ala animal gi tuu. awww. > cik kesya < ni tau je aku sekarang tengah suke theme animal animal ni. ehehhe. nice sgt shawl tuu. lagi-lagi free :) ehehe


well, animal theme is in now and forever ~


tp aku penah terbaca yg lelaki tak dpt terima satu je fesyen wanita ni, iaitu baju-baju atau ape-apa je la yg di pakai oleh kaum hawa bercorak ala-ala haiwan ni, atas dasar fesyen.  betollll kah ??


so, apa lagi, time tu baru balik kenduri doa selamat sempena > nisfu syabaan < sekali, punya excited, amek gambor terus, sarung je shawl . haha

FREEBIES ? oh i likeeee !
excited habis tak ketahuan hala -.-' 

so, tahu la ape lagi bila dh dpt chances dan kameraaaa ~

posing habis-habisan tak ingat dunia

pengaruh antm ~

okey. jangan muntah lagi.ahahaha. 
sila tahan duluuuu

if u think im pretty ? im pretty in my own way ~
if u think im ugly, im ugly in my own way .

ape de hal ? gua okeyyy. just say it , do it, believe it
ur self is ur own property :)

rezeki jgn tolak, jgn sombong kata tak suke benda free ~ daaa.


Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Saturday, July 16, 2011

Nisfu Syaaban, malam seribu keampunan

0 suka komen

Malam ni malam nisfu syabaan.Nisfu ertinya separuh, jadi malam nisfu syabaan ialah malam pada separuh bulan dalam bulan syabaan tu.Peristiwa malam nisfu syabaan ialah pada hari ke-15 dalam bulan syabaan pada tahun hijrah.


istimewanya malam nisfu syabaan ni ialah semua amalan kita akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran catatan yang baru setelah setahun berlalu.malam nisfu syabaan penuh berkat selain malam lailatur qadar tau. jadi, malam ni digalakkan dipenuhi dengan amalan-amalan yang baik.


adalah digalakkan jugak untuk bangun malam, berjaga dan beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan di angkat ketika dalam keadaan tidur dan lalai.mudah-mudahan kita mampu la.


dan sempena nak buka catatan dosa dan pahala yang baru, dengan ini,saya ingin meminta maaf jika ada terkasar bahasa sepanjang menulis entry-entry di dalam blog ini.jika ada yang terasa hati atau tersinggung, saya minta maaf sekali lagi, sesungguhnya jika ada entry yang emo-emo tu, semuanya ditaip ketika dalam keadaan marah.


saya akui, itu kesalahan saya, yang buruk datang dari saya, yang baik hanya dari-Nya :)




Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Friday, July 15, 2011

UPU VS MUET

4 suka komen

okey. sesak sekejap server internet upu tepat jam 12 tengahari tadi. beribu-ribu pemohon upu berebut-rebut menunggu keputusan dapat masuk U atau tak.semua yang bukak laman web upu mesti loading lambat. dengan kadar kenebesan yang tinggi, asik kena refresh je, tp xdapat-dapat nak masuk.


kemudian banyak link lain yg diberikan kawan-kawan lain sebagai alternatif nak check result tu. seriyes, kalah nebes amek result SPM, yele. SPM dulu-dulu. hee


dah kena berebut dengan adik aku yang lepasan matrik.okey, tak pe, aku send mesej kat 15888. harap-harap cepat le dptnya. hmm. kecewa. tak dapat-dapat.tunggu punya tunggu, akhirnya adik aku check die punya dulu.


aku nebes lagi. rasa nak bunuh diri. berpeluh-peluh -.-'


seminit, dua minit, lima minit. henset berbunyi. oh, ade mesej. 15888. 


900812******   DUKACITA, PERMOHONAN ANDA TAK BERJAYA.BOLEH LA BUAT RAYUAN. JANGAN MENANGIS AIR MATA DARAH . okey, aku tambah yg last tuu--


haaaa ? isthigfar skejap. rasa nak pengsan. nak terjun apartmen ni, sekarang jugee. kena buat rayuan. sedih. kecewa lagi lahh.


tapi dah jangka, sebab time apply tu tak amek muet lagi. dan ade lagi satu faktor, jantina. hmm. kalau lelaki, cerah la peluang nak masuk U. hmm.


tak pelah, mungkin belum rezeki. hmm, doakan aku dapat ye rayuan tuu . doakan tau :) nak masuk U jugeee . huuuu


Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Thursday, July 14, 2011

Kenapa Pakai Tudung ? kolot la.

2 suka komen

dah. new brand day for me. dan entry ni bukan emo lg. ya ampunnn ya semuanya. lost control. tulah akibat kalau marah sesangat. meletop kalah gunung berapi. huu .


perasan tak something ? hee. kalau tak perasan maknanya korang tak baca la entry lepas tuu.entry yg ni Saya Betudung dan Saya Sangat Pretty .singgah la dan komen yee :)


korang rasa sebab ape aku pakai tudung ? 
banyak sebabnyaaaa. ehe. tapi main pointnya ialah :


1)dah memang wau-alif-jim-ya-ba sebutnya ? WAJIB.jadi, tak leh berdalih dah.kalau sin-wau-nun-alif-ta sebutnya SUNAT, lain la ceritaaaa ~


2)sebab aku rasa lebih selamat bila pakai tudung.bila aku tak pakai, aku rasa aku macam budak wicked giler. ahaha.


3)aku tak nak abah aku malu tgk anak dara die niii... dan aku tak nak heret lelaki laen masuk neraka sama2 sebab aku bagi dorang tempias dosa kalau aku tunjuk aurat aku -.- kalau aku nak buat dosa, biarlah aku sorang tanggung 


haish betapa berat daa bahu kiri punya catatan.
uh. sentap bila ingat dosa. huuu -.-


4)aku rasa pretty kottt pakai tudung. ahahha. okey, sori, idak le. aku rasa kalau pakai tudung pun boleh jadi fashionable jugeee. tak payah susah-susah sebab sekarang dah banyak fashion label yang offer baju konsep muslimah, tak semestinya tutup semua tak leh bergaya, tak semestinya yang bukak semua tu, bergaya. kan kan ?


5)aku malu kott bila tengok budak kecik darjah satu boleh pakai tudung walaupun senget benget komot-komot, kemek-kemek tudung die. walaupun mak die paksa, tp die tetap pakai,dengan rambut nak terkeluar bagai,  lagi-lagi budak yang lagi kecik-kecik macam umo 3-4 tahun pakai tudung. annyoonyoyoyo shomelnyaaaa ~ terus tuka slang . hee


aku macam, tengok, budak kecik pun reti nak tutup aurat. kaw yg besar gedabak, tanggung dosa sendiri , xkan xnak pakai. oh. sentap ~


so, itu lah yang aku rasa.aku tak rasa kolot, aku rasa bangga dan pretty :) daaa ~ whatever ~  say what u want bebeh. do i care ??  wink2 ^^ haha. slang paris hilton plak :p


kalau korang perasan. ni adalah entry ulangan . tapi versi edit semula.aha. sebab kat entry Saya Betudung dan Saya Sangat Pretty  tu aku rasa cam terlebih plak membebel. aku memang suke membebel. haha.memang lumrah aku suke membebel. ahha.benda yang baik, kena sebarkan kan ? 

kolot ? omong sama tangan deyh !

Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

Monday, July 11, 2011

J.O.D.O.H

0 suka komen

J-O-D-O-H . 
tahu bunyinya apa ? jodoh. satu perkataan keramat. ya, sebab jodoh ni kita pun tak tahu. dengan siapa, atau bila.


siapa ? dengan siapa tah jodoh kita. mungkin dengan anak jiran sebelah yang selalu menyakitkan hati kita masa zaman kecik-kecik dulu atau kawan baek kita masa maen lari-lari, maen tembak-tembak , maen kejar-kejar, maen kawen-kawen same2, pendek kata, kawan yang semua benda kita lalui dan buat sama-sama tuu ? tak tahu kan ?


satu yang tak dijangka . satu yang dijangka. 


bila ? kita sendiri tak tahu bila jodoh tu nak datang. bila orang tanye bila kaw nak kawen ? nak jadi andartu ker ? ape kita nak jawab ? tak de jawapan. hanya sengih-sengih silu.dalam hati rasa nak seletep mulut yang bertanye tuu.takde insurans ker ? hmm. kebenarannya ?memang takde jawapan. kita boleh taget , mungkin esok, lusa atau tulat. atau setahun, dua tahun, atau 10 tahun lagi baru bertemu jodoh.tapi ? yang pastinya ?


entah. 
pelik kan.
 mungkin kita rasa semua kita boleh rancang. 
tapi bab yang satu ni, qada' dan qadar Allah, takde siapa yang tahu.


tengok-tengok esok kita kawen. bertemu jodoh sampai ke akhir hayat. seronok macam tuu.


tak payah kapel lama-lama. last-last apa pun tak boleh. ye, kita boleh jawab tak de jodoh, nak buat mcm mane kan ? so, sampai sini je la. tak kisah la berapa tahun pun bersama, apa yang dah dilalui bersama, semua tak de nilai kalau memang tertulis tiada jodoh.


jadi, tiada guna kita beriya mengawal gerak langkah sang kekasih atau kita pun menutup jalan mengenali insan-insan lain yang mungkin jauh lebih baik dari sang kekasih atas dasar percaya dan setia kononnya, sedangkan, 


walau apa yang kita buat, kita usaha, 
tak akan terjadi kalau memang dah ditakdirkan tiada jodoh.
 buat la apa pun, kalau ada jodoh, ada la. 
kalau tiada jodoh, tiada la.


itulah jawapan jugak andai ada yang bertanya kat aku . soalan bila nak kawen. aku dah penat. letih. di maen-maen kan . sungguh, saat ini, aku rasa aku manusia paling bodoh kerana percaya cinta palsu.


sadis.aku memang fail bab cintan cintun .
sobs -.- bye.  

 aku bukan budak2 kalau setakat nak bagi alasan bodoh tu. 
tak hargai , 

tak pe, sila lepaskan.

sekian, terima kasih. entry emo dr fiqaliqa


Terima Kasih Sudi Baca :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Like la Page Fiqaliqa Fashionista sekali yee :)

made with love by fiqaliqa